Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 1 April 2014

Korea Utara-Korea Selatan Berbalas Bedilan Meriam

Tentera Korea Selatan membalas bedilan Korea Utara dengan melancarkan lebih 300 bedilan meriam ke arah Garisan Batasan Utara

Sebelum itu Korea Selatan mengadakan latihan tentera tahunan

Latihan itu melibatkan hampir 15,000 askar Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) berlangsung di Pohang, Korea Selatan

Tindakan Korea Utara itu dibuat bagi menguji usaha Korea Selatan untuk mempertahankan sempadan laut kedua-dua negara

Seorang lelaki Korea Selatan menonton siaran tv yang memberi liputan tentang konflik berkaitan

Orang awam dipindahkan ke pusat perlindungan

Keadaan di sebuah pusat perlindungan 


SEOUL - Tentera Korea Utara dan Korea Selatan semalam saling berbalas tembakan bedilan meriam dari kawasan perairan sempadan maritim kedua-dua negara. 
Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, kejadian itu berlaku selepas 100 bedilan meriam tentera Korea Utara jatuh ke kawasan perairan barat Korea Selatan. 
Jurucakap kementerian itu, Kim Min-seok berkata, tentera Korea Selatan kemudian melakukan serangan balas dengan melancarkan lebih 300 bedilan meriam ke arah Garisan Batasan Utara dekat perairan negara Korea Utara. 
Garisan Batasan Utara itu dituntut kedua-dua buah negara. 
Min-seok berkata, tindakan Korea Utara itu dibuat bagi menguji usaha Korea Selatan untuk mempertahankan sempadan laut kedua-dua negara. 
Korea Utara melancarkan bedilan itu semasa ia mengadakan satu latihan ketenteraan. 
Beberapa buah jet tempur F-15 milik Korea Selatan turut dikerah dekat sempadan itu. 
Tentera Korea Utara itu melepaskan bedilan tersebut dari beberapa buah pulau miliknya. 
Susulan perkembangan tersebut, Seoul bertindak melarang kapal-kapal daripada memasuki zon latihan yang diisytihar oleh Korea Utara itu dan memindahkan orang awam daripada Pulau Yeonpyeong, dekat zon berkenaan ke pusat perlindungan. 
Penduduk di Pulau Baengnyeongdo dekat Garisan Batasan Utara turut berlindung di pusat perlindungan ekoran serangan bedilan itu. 
Jurucakap White Housem Jonathan Lalley berkata, tindakan Korea Utara itu akan hanya menyebabkan ia akan semakin dipinggirkan negara-negara di dunia. 
Bedilan itu berlaku ketika satu latihan ketenteraan melibatkan hampir 15,000 askar Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) berlangsung di Pohang, Korea Selatan. 
Pada November 2010, Tentera Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan menyebabkan empat orang terbunuh. 
Pada tahun lalu, AS dan Korea Selatan mengkritik tindakan Korea Utara yang melancarkan ujian nuklear pada bulan Februari. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.