Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 3 April 2014

Gempa Bumi Landa Chile

Gempa bumi kuat berukuran 8.2 magnitud telah menggegarkan pantai utara Chile kelmarin dan mencetuskan tsunami

Keadaan bot-bot nelayan selepas tsunami melanda

Gempa bumi itu juga menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh

Terdapat mangsa mati disebabkan dihempap runtuhan dinding dan serangan sakit jantung

Gempa bumi itu berpusat di bawah dasar laut dan 100 kilometer ke barat laut dari Pelabuhan Iquique

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa bumi itu mampu menghasilkan tsunami besar dengan ombak setinggi 2.3 meter

Ribuan orang dipindahkan dari kawasan pantai akibat gempa bumi itu

Namun ramai yang pulang semula ke rumah masing-masing semalam selepas amaran tsunami ditarik balik


SANTIAGO - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.2 magnitud yang menggegarkan pantai utara Chile kelmarin telah mencetuskan tsunami dan menyebabkan enam orang terbunuh. 
Gempa bumi itu juga menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan laluan di beberapa buah lebuh raya terhalang. 
Pihak berkuasa berkata, terdapat mangsa yang mati disebabkan dihempap runtuhan dinding dan serangan sakit jantung. 
Kajian Geologi Amerika Syarikat menyatakan, gempa bumi itu berpusat pada kedalaman 20.1 kilometer di bawah dasar laut dan 100 kilometer ke barat laut dari Pelabuhan Iquique berdekatan sempadan Peru. 
Menteri Dalam Negeri, Rodrigo Penailillo berkata, kira-kira 300 banduan mengambil kesempatan melarikan diri dari penjara wanita di Iquique. 
Dalam pada itu, polis Chile berkata, kira-kira 16 orang banduan wanita itu telah ditangkap. 
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa bumi itu menghasilkan tsunami besar dengan ombak terbesar yang dilaporkan setinggi 2.3 meter. 
Tentera Laut Chile pula memberitahu, ombak besar membadai pantai itu dalam tempoh 45 minit selepas gempa bumi tersebut berlaku. 
Iquique merupakan pelabuhan mengeksport tembaga. 
Kawasan itu berada dalam keadaan berjaga-jaga tinggi sejak beberapa minggu lalu ekoran terdapat sejumlah gegaran kecil. 
Chile merupakan pengeluar tembaga No.1 di dunia. 
Namun, lombong-lombong tembaga tidak mengalami kerosakan yang serius. 
Ribuan orang yang dipindahkan di kawasan pantai akibat gempa bumi itu pulang semula ke rumah masing-masing semalam selepas amaran tsunami ditarik balik. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.