Senator Richard Blumenthal sedang bercakap semasa sidang akhbar di platform Stesen Metro-North |
Tiba-tiba kereta api Amtrak melintasi platform dengan laju |
Senator dan pembantunya memegang alat bantu visual supaya tidak tumbang |
Anggota Senat Amerika Syarikat, Richard Blumenthal (Demokrat-Connecticut) hampir disambar kereta api yang bergerak laju semasa sidang akhbar pada hari Jumaat lalu.
Sidang akhbar tersebut diadakan di platform Stesen Metro-North di Milford, Connecticut, bertujuan untuk menarik perhatian terhadap langkah keselamatan kereta api Metro-North.
Bagaimanapun sidang akhbar itu sendiri membahayakan keselamatan senator berkenaan.
Kejadian berkenaan sempat dirakamkan dalam sebuah video yang dimuat naik ke YouTube bertajuk "Train nearly takes out US Senator" oleh "KHON2 News" bertarikh 18 April 2014.
Dengan berdiri membelakangi landasan, Blumenthal berkata, "Keselamatan, seperti yang anda tahu, sangat penting ...", tiba-tiba kereta api Amtrak melintasi platform stesen dengan laju.
Blumenthal dan lelaki yang berdiri di belakangnya terkejut dan mereka memegang alat bantu visual yang hampir tumbang ketika kereta api melintas dengan laju.
Tidak ada kecederaan semasa kejadian tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.