Seorang pemandu lori tertusuk pokok menyebabkan dirinya ‘melekat’ di tempat duduk |
Lelaki ini memandu di belakang sebuah lori yang membawa bahan landskap dan pokok sebelum merempuh kenderaan tersebut |
Doktor di Hospital Universiti Huaihe mengambil masa empat jam setengah mengeluarkan dahan sepanjang enam meter itu |
HENAN - Seorang pemandu lori terselamat dalam kemalangan walaupun badannya tertusuk pokok menyebabkan dirinya ‘melekat’ pada tempat duduknya.
Doktor di Hospital Universiti Huaihe mengambil masa lebih kurang empat jam setengah untuk mengeluarkan dahan sepanjang enam meter itu daripada mangsa bernama Li, 40.
Dia kini masih mendapat rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami kecederaan serius terhadap organ dalaman dan tisu.
Li dipercayai memandu di belakang sebuah lagi lori yang membawa bahan landskap dan pokok sebelum merempuh kenderaan terbabit. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.