Arif Ali dan abangnya, Farman Ali ditahan selepas memakan mayat bayi manusia |
Kedua-dua adik beradik ini pernah ditahan polis selepas memakan mayat manusia pada April 2011 |
Mereka berdua memasak mayat bayi itu sebelum memakannya |
LAHORE - Seorang lelaki ditahan semalam kerana disyaki melakukan kanibalisme selepas kepala bayi baru lahir ditemui di rumahnya.
Lelaki itu pernah dipenjara kerana kesalahan memakan daging manusia tiga tahun lalu.
Polis menyerbu rumahnya di sebuah kawasan terpencil di wilayah Punjab selepas jirannya mengadu bau busuk dan menjumpai kepala bayi berusia dua hari di dalam rumahnya.
Pemilik rumah, Mohammad Arif mengaku memakan bayi itu selepas abangnya ‘mencuri’ mayat bayi itu dari tanah perkuburan di Kampung Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad, kata polis.
Arif dan abangnya, Farman Ali ditahan selepas memakan mayat manusia di kampung sama pada April 2011.
Mereka dihukum penjara dua tahun dalam kes yang menggemparkan Pakistan.
“Arif ditahan dan mengaku abangnya membawa mayat bayi baru lahir itu dari tanah perkuburan berdekatan,” kata Ameer Abdullah, ketua polis daerah Bhakkar, tempat terletaknya kampung itu.
“Arif memberitahu polis mereka berdua memasak mayat bayi itu dan memakannya.”
Tiada peruntukan undang-undang dalam kanun keseksaan Pakistan bagi kesalahan kanibalisme.
Begitu juga kes pada 2011, Arif hanya dituduh tidak menghormati mayat dan mengganggu ketenteraman awam.
Dalam kes tiga tahun lalu itu, polis menjumpai mayat wanita berusia 24 tahun yang mati disebabkan kanser di rumah mereka. Mayat itu tidak berkaki dan mereka dipercayai memakannya.
Polis melancarkan gerakan memburu Ali, kata Ameer manakala Arif akan menjalani ujian psikiatrik.
Jurucakap polis di balai polis Darya Khan, Zafar Iqbal memberitahu isteri dan ahli keluarga mereka meninggalkan kedua-dua beradik itu beberapa tahun lalu.
“Jiran membuat laporan mengenai bau busuk dan polis menyerbu rumah itu serta-merta.
“Kami menahannya dan menemui kepala seorang bayi. Arif mengaku memasak dan memakan mayat bayi itu,” kata Zafar. - AFP/Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.