Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 15 April 2014

Lagi Mayat Berkafan Tepi Jalan

Mayat ditinggalkan dalam keadaan berbungkus di Taman Perindustrian Bukit Minyak. Foto: Omak Kau

Mayat berbungkus cadar. Foto: Omak Kau


BUKIT MERTAJAM - Misteri penemuan mayat yang seperti sudah dikafan, berulang lagi apabila mayat seorang lelaki ditinggalkan dalam keadaan berbungkus di Lorong Perindustrian Bukit Minyak 4, Taman Perindustrian Bukit Minyak di sini, jam 8 pagi semalam. 
Mayat lelaki dipercayai warga negara Myanmar itu ditemui orang ramai di kaki lima jalan berkenaan, berbungkus seperti dikafankan, seperti kejadian sebelum ini. Mayat yang ditemui semalam, berbungkus cadar dengan diikat pada kepala, tangan, badan dan kaki.  
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan berkata, pihaknya yang menerima panggilan daripada orang ramai, bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal menemui lelaki berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui.  
“Pemeriksaan awal tidak menemui kesan kecederaan pada badan lelaki itu dan mayatnya di hantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. 
“Siasatan awal mangsa dipercayai warga Myanmar dan kami berusaha mengenalpasti identitinya berikutan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya. 
Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat terbabit termasuk kemungkinan unsur jenayah.  
“Sehingga kini ia dianggap kes mati mengejut dan meminta orang ramai memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.