Zheng Guoqiang, 55, adalah seorang pakar feng shui paling terkenal di Hong Kong |
Zheng Guoqiang dijemput untuk menunjukkan ‘tempat pengebumian paling sempurna’ kepada keluarga De Meng |
Anggota paramedik berusaha menyelamatkan Zheng Guoqiang selepas beliau tertimbus di tanah perkuburan yang runtuh |
HONG KONG - Seorang pakar feng shui mati tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah tanah perkuburan di sini, hanya beberapa saat selepas menunjukkan ‘tempat pengebumian paling sempurna’ kepada sebuah keluarga.
Anggota keluarga De Meng, 75, yang baru meninggal dunia meminta pakar feng shui berkenaan, Zheng Guoqiang, 55, menunjukkan tempat paling sesuai untuk menyemadikan De Meng.
Selepas membuat penilaian tanah perkuburan itu, Zheng yang dianggap antara pakar feng shui paling terkenal Hong Kong memberitahu keluarga berkenaan dia sudah menemui lokasi paling sempurna.
Menurut satu-satunya orang yang terselamat dalam kejadian itu, tanah runtuh berlaku sejurus selepas pengumuman itu, mengakibatkan enam daripada tujuh anggota keluarga itu maut bersama Zheng.
Hong Kong yang kekurangan tanah semakin banyak melihat kawasan bukit curam digunakan untuk tujuan pengebumian. - Agensi/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.