Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 14 April 2014

Tuduhan Ke Atas Bayi Sembilan Bulan Digugurkan

Mahkamah di bandar Lahore menggugurkan kes Muhammad Musa Khan yang berumur sembilan bulan

Musa sebelum ini didakwa merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri hal ehwal kerajaan

Polis mengakui tuduhan ke atas Musa tidak berasas dan berpunca daripada kesilapan manusia


ISLAMABAD - PAKISTAN. Mahkamah di bandar Lahore menggugurkan kes bayi berumur sembilan bulan didakwa merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri hal ehwal kerajaan. 
Peguam Irfan Sadiq memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas polis mengaku tuduhan tidak berasas ke atas Muhammad Musa Khan berpunca daripada kesilapan manusia. 
"Dakwaan terhadap datuk bayi itu, Muhammad Yasin dan tiga anak lelakinya masih kekal," katanya dipetik Al-Jazeera. 
Kesemua mereka didakwa cuba membunuh anggota keselamatan selepas pertempuran antara pihak berkuasa dan penduduk setempat. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.