Larry Clinton (kiri) mahu abu mayatnya diletakkan di dalam botol mayonis jika dia meninggal dunia |
Duke’s Mayonnaise menyiapkan dua botol khas dengan label jenama yang dicantumkan dengan nama Larry |
Beberapa tahun lalu Clinton memberitahu isterinya, dia mahu mayatnya dibakar dan abunya diletakkan dalam botol mayonis |
Teresa (kanan) menghubungi syarikat mayonis dan pihak syarikat itu bersetuju memenuhi permintaan bapanya |
CAROLINA - Seorang lelaki 67 tahun mahu abu mayatnya diletakkan di dalam botol mayonis jika dia meninggal dunia kerana sangat meminati makanan itu.
Larry Clinton yang berasal dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) menggunakan mayonis hampir pada semua makanannya dan jenama kegemarannya adalah Duke’s Mayonnaise.
“Selain rasanya yang lazat, jenama ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Beberapa tahun lepas saya memberitahu isteri saya, jika saya meninggal dunia, saya mahu mayat saya dibakar dan abunya diletakkan di dalam botol mayonis itu, Kata Larry.
Namun, isterinya menganggap Larry hanya bergurau sehinggalah lelaki itu memberitahu “permintaan terakhirnya” itu kepada anak perempuannya, Teresa Clinton-Edge.
Teresa kemudiannya menghubungi syarikat mayonis berkenaan dan pihak syarikat bersetuju dengan permintaan itu.
Duke’s Mayonnaise menyiapkan dua botol khas dengan label jenama yang dicantumkan dengan nama Larry.
Permintaan Larry itu bukanlah yang pertama seumpamanya.
Awal tahun ini seorang lelaki di Ohio dikebumikan bersama motosikal Harley Davidson kesayangannya manakala pada 2008, pencipta bekas makanan ringan “Pringles”, Frederic Baur turut dikebumikan bersama bekas makanan itu ketika meninggal dunia pada usia 89 tahun. - Agensi/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.