Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 17 April 2014

NYPD Bubar Unit Intip Umat Islam Di New York

Umat Islam membantah tindakan Jabatan Polis New York (NYPD) mengintip umat Islam di bandar raya itu Ogos tahun lalu. Foto: AP

Pergerakan penduduk Islam di bandar raya New York sentiasa diintip oleh Unit Demografik NYPD. Foto: AFP

Lelaki Muslim sedang solat di sebuah lapangan di bandar raya New York pada tahun 2010. Foto: Getty Images


NEW YORK - Pertubuhan Islam dan kebebasan sivil memuji keputusan Jabatan Polis New York (NYPD) membubarkan unit kontroversi yang mengintip pergerakan umat Islam di negara itu sebagai sebahagian usaha mengesan sebarang ancaman keganasan, tetapi meluahkan kebimbangan mengenai sama ada amalan lain kekal dilaksanakan. 
Unit Demografik, ditubuhkan dengan bantuan ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja dengan NYPD, mengumpulkan pangkalan data mengenai lokasi umat Islam tinggal, membeli-belah, bekerja dan bersolat. Pegawai berpakaian biasa menyertai kumpulan penuntut Islam, menempatkan pemberi maklumat di masjid, memantau khutbah dan mengkatalog umat Islam di New York yang memakai nama keluarga Amerika.  
Jurucakap NYPD, Stephen Davis, kelmarin mengesahkan detektif bertugas di unit itu dipindahkan melakukan tugas lain di Unit Perisikan jabatan berkenaan. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.