Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 2 April 2014

Punca Nahas Pesawat Asiana Airlines Didedah

Nahas pesawat Asiana Airlines yang terhempas di San Francisco Julai tahun lalu mungkin berpunca daripada kesilapan juruterbang

Sistem amaran kelajuan pesawat jenis Boeing 777-200ER ini juga didapati tidak berfungsi dengan sempurna

Kru penerbangan juga mungkin gagal mengawasi dan mengekalkan kelajuan minimum sebelum mendarat

Syarikat Boeing dalam laporannya kepada NTSB pula memberitahu, terdapat petunjuk pesawat ini terbang terlalu perlahan


WASHINGTON - Nahas sebuah pesawat Asiana Airlines yang terhempas ketika mendarat di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Julai tahun lalu dan menyebabkan tiga penumpang mati kemungkinan berpunca daripada kesilapan juruterbang yang terbang terlalu perlahan. 
Dalam satu laporan yang diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan disiarkan kelmarin, syarikat itu turut menyalahkan satu sistem amaran kelajuan pesawat jenis Boeing 777-200ER milik syarikat penerbangan Korea Selatan tersebut yang tidak berfungsi dengan sempurna. 
"Kemungkinan kemalangan ini berpunca daripada kegagalan kru penerbangan untuk mengawasi dan mengekalkan kelajuan minimum sebelum melakukan pendaratan," kata syarikat itu. 
Syarikat itu turut menyalahkan satu sistem amaran kelajuan yang tidak berfungsi dengan sempurna. 
Sistem amaran tersebut akan memberi amaran kepada juruterbang sekiranya pendikit kelajuan automatik telah berhenti berfungsi mengikut kelajuan yang ditetapkan. 
Syarikat Boeing dalam laporanya kepada NTSB pula memberitahu, terdapat petunjuk pesawat itu terbang terlalu perlahan pada kelajuan yang tidak sesuai untuk melakukan pendaratan. 
"Kemalangan ini terjadi kerana juruterbang gagal mengawal kelajuan dan kuasa enjin serta arah pesawat sebelum melakukan pendaratan. 
"Kemalangan ini boleh dielakkan sekiranya kru penerbangan mengikut prosedur ditetapkan dan membuat pusingan semula selepas mendapati pesawat tidak stabil untuk membuat pendaratan," kata syarikat itu. 
Pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan terhempas ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 6 Julai tahun lalu. 
Kapal terbang yang membawa seramai 291 penumpang dan 16 anak kapal itu melanggar satu tembok di landasan sebelum terhempas. 
Kejadian itu menyebabkan tiga penumpang maut dan 181 lagi cedera. - Reuters/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.