Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 6 Disember 2013

Angin Kencang Landa Britain

Angin kencang menjejaskan pengangkutan awam dan tenaga elektrik terputus di Scotland

Kawasan pantai England diancam banjir

Kedua-dua penduduk berpegang pada tiang lampu semasa angin bertiup kencang

Seorang penduduk jatuh ke tanah akibat angin kencang

Kesan tiupan angin kencang menyebabkan berlaku kerosakan 

Keadaan di jalan raya selepas angin reda


LONDON - Angin kencang menjejaskan pengangkutan awam dan tenaga elektrik terputus di Scotland manakala pantai England diancam banjir semalam. 
Beberapa pegawai meteorologi menyatakan, ribut terkuat dalam tempoh beberapa tahun mungkin akan melanda benua Eropah. 
Pihak berkuasa Britain memberi amaran, peningkatan paras air laut yang dianggap paling besar dalam tempoh lebih 60 tahun mungkin berlaku di England. 
Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron turut mengadakan mesyuarat bagi membincangkan strategi untuk berdepan dengan ribut itu. 
Dalam kejadian itu, seorang terbunuh ketika angin kencang bergerak selaju 225 kilometer sejam melanda beberapa bahagian di Scotland. 
Menurut sebuah syarikat membekalkan tenaga elektrik, SSE, lebih 80,000 buah rumah terputus bekalan elektrik. 
Bilangan rumah yang terputus bekalan elektrik itu akan meningkat kerana beberapa batang pokok akan tumbang dan mengenai talian elektrik. 
Semua perkhidmatan pengangkutan awam di Scotland digantung selepas pukul 8 malam waktu tempatan. 
Pihak berkuasa di Pelabuhan Hamburg, Jerman turut mengeluarkan amaran awam tentang angin tersebut. 
Menurut pakar-pakar ramalan cuaca, angin tersebut mungkin sekuat ribut dan menyebabkan banjir yang pernah berlaku di Hamburg pada tahun 1962 sehingga mengakibatkan 315 orang terkorban. 
Semua penerbangan di lapangan terbang di Hamburg dibatalkan kerana angin kencang. 
Perkhidmatan feri di utara Jerman juga tidak bergerak di beberapa buah pelabuhan. - Reuters/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.