Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 12 Disember 2013

Minyak Kitar Semula Yang Meragukan

Terdapat pengusaha haram mencampur adukkan minyak dari dapur restoran tidak halal dan mengitar minyak masak lebih dua kali

Datuk Nadzim Johan mendedahkan, pengusaha-pengusaha tersebut menjual semula dengan harga murah

Minyak kitar semula yang murah dijual kepada peniaga pasar malam dan peniaga makan ringan tepi jalan

Pihak berkuasa didakwa hanya memeriksa minyak kitar semula daripada pengusaha berlesen.


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan kebimbangan mengenai terdapat kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur restoran tidak halal sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam. 
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan, tindakan itu dipercayai dilakukan oleh pengusaha-pengusaha minyak masak kitar semula tidak berlesen yang menjualnya semula pada harga murah kepada peniaga terbabit. 
Menurut beliau, masalah itu tidak berlaku dalam kalangan pengusaha berlesen kerana mereka sering dipantau oleh pihak berkuasa tetapi pemantauan tidak dilakukan ke atas pengusaha minyak kitar semula haram. 
“Pengusaha haram ini, selain mengitar minyak masak lebih dua kali dan menjualnya kepada peniaga pasar malam dan peniaga makan ringan tepi jalan, mereka juga tidak mustahil mencampur aduk minyak antara restoran halal dan tidak halal,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 
Nadzim memberitahu, pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit. 
“Cuba periksa peniaga pasar malam, peniaga pisang goreng yang membeli minyak kitar semula itu pada harga murah. Mereka tidak membeli daripada syarikat berlesen,” jelasnya. 
Sehubungan itu, katanya, PPIM telah melantik pasukan penyiasat khas untuk menyiasat perkara tersebut dan memberi bukti kepada pihak berkuasa mengenai kewujudan penjualan minyak masak kitar semula yang tidak sesuai digunakan oleh peniaga. - Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.