Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 13 Disember 2013

Dipatuk Ular Dalam Tandas

Seekor ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakar Kwabena Nkrumah, 34, di Ghana

Berhati-hati sebelum menggunakan tandas awam


ACCRA - Perbuatan yang biasa kadang-kadang menyebabkan kesan yang luar biasa. Seorang lelaki melalui pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sepanjang hayatnya apabila kemaluannya dipatuk ular ketika dia sedang membuang air, lapor media semalam. 
Menurut media Ghana, Kwabena Nkrumah, 34, sedang menggunakan tandas awam di wilayah Ashanti apabila seekor ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakarnya. 
Nkrumah menyedari dia diserang selepas mengalami kesakitan melampau dan mendakwa hampir pitam. 
“Saya lihat ke bawah, ular itu bersedia untuk mematuk lagi. 
“Saya pun terus keluar melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya. 
Bagaimanapun, jeritan lelaki itu menyebabkan keadaan panik dengan sesetengah pengguna tandas turut keluar dalam keadaan terburu-buru. 
Nkrumah kemudian dirawat di hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang. 
Insiden itu berlaku hanya beberapa bulan selepas media melaporkan bahawa bomoh di Swaziland dilarang terbang dengan penyapu mereka melebihi ketinggian 150 meter di dara. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.