Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 13 Disember 2013

Jururawat Wanita Bersuami Dua Dihukum

Seorang jururawat wanita didapati bersalah kerana berkahwin kali kedua tanpa bercerai dengan suami pertama. Foto: Wikimapia

Kes dibicarakan di bawah undang-undang adat bumiputera di Mahkamah Anak Negeri Penampang. Foto: Panoramio

Wanita tersebut dikenakan denda RM1,500 (bersamaan harga seekor haiwan ternakan biasanya lembu). Foto: teguhtriatmojo


KOTA KINABALU - Seorang jururawat berusia 29 tahun yang berkahwin kali kedua tanpa bercerai daripada suami daripada perkahwinan pertama, didapati bersalah di bawah undang-undang adat dan dikenakan denda. 
Suami kedua mangsa, yang mana identiti dan usianya tidak didedahkan turut didapati bersalah kerana mengahwini seorang wanita yang masih bergelar isteri kepada seorang lelaki lain merupakan kes poliandri pertama didengar di Mahkamah Bumiputera Penampang awal minggu ini. 
Wanita itu dan suami keduanya yang mempunyai seorang anak daripada perkahwinan tersebut dijatuhi hukuman denda sebanyak RM10,500 di bawah undang-undang adat bumiputera oleh panel hakim yang diketuai oleh Ketua Anak Negeri Penampang, Marcus Jonioh. 
Atas kesalahan berkahwin kali kedua tanpa bercerai atau bigami, wanita berkenaan dikenakan denda sebanyak RM1,500 (yang bersamaan dengan harga seekor haiwan ternakan biasanya lembu) dan sebanyak RM3,000 (harga dua ekor haiwan ternakan) atas kesalahan melakukan seks secara haram. 
Suami kedua tertuduh juga didenda sebanyak RM4,500 (harga tiga ekor haiwan ternakan). Mahkamah turut mengenakan denda RM1,500 bagi kos kes tersebut. 
Dalam keputusan sebulat suara, Jonioh berkata pasangan berkenaan diarahkan supaya tidak meneruskan hubungan mereka atau berhadapan dengan denda tambahan. 
Manakala budak lelaki yang dilahirkan daripada perhubungan haram itu sepatutnya ditinggalkan di bawah jagaan bapa sehingga mereka menyelesaikan isu penceraian kerana mahkamah adat tidak mempunyai bidang kuasa dalam memutuskan kes penceraian. 
Mahkamah adat memberi masa selama sebulan kepada kedua-dua tertuduh untuk membayar denda sebanyak RM10,500 atau mereka akan dipenjara jika gagal berbuat demikian. 
Mahkamah adat telah bersidang untuk mendengar kes tersebut selepas suami pertama tertuduh yang identitinya tidak didedahkan, membuat aduan bahawa isteri dikahwininya di sebuah gereja di Penampang pada 2010 telah berkahwin dengan suami keduanya pada Julai tahun ini serta mendaftar perkahwinan mereka di Mahkamah Bumiputera Beluran selepas dia berpindah ke Sandakan. 
(Wanita berkenaan dan suami pertamanya tidak mempunyai cahaya mata dan tiada butiran didedahkan sama ada perkahwinan yang dibuat di gereja itu telah didaftarkan walaupun di bawah undang-undang adat mereka dianggap sudah berkahwin.) - MStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.