|
Bekas Presiden Bush yang belajar melukis sejak bersara menunjukkan lukisannya kepada Hillary Clinton |
|
Obama berjenaka dengan Bush tidak lama selepas mereka menaiki Air Force One semasa penerbangan mereka ke Afrika Selatan |
|
Obama dan Bush bersama pasangan bersembang sebelum menikmati hidangan makan malam |
|
Bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton berbual-bual dengan Obama dan penasihat Obama, Ben Rhodes |
|
Obama dan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara, Ben Rhodes sedang menyiapkan teks ucapan |
|
Obama, Bush dan Hillary tiba di Johannesburg |
|
Obama dan Bush menaiki Pesawat Air Force One kembali ke Washington |
Dalam siri foto yang dirakamkan oleh jurugambar White House Pete Souza, berbagai telatah Presiden Barack Obama, isterinya Michelle, bekas Presiden Bush dan isteri serta bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton dapat dilihat, ketika mereka berada di dalam pesawat mewah Air Force One, semasa dalam penerbangan ke Afrika Selatan untuk menghadiri upacara memperingati Nelson Mandela.
Imej pertama menunjukkan bekas Presiden George Bush yang belajar melukis sebaik bersara sebagai Presiden Amerika Syarikat, menunjukkan hasil seni lukisannya kepada Hillary melalui iPad dan turut disaksikan oleh Michelle dan beberapa pegawai lain.
Foto Kedua menunjukkan bagaimana Presiden Obama berjenaka dengan bekas Presiden Bush.
Foto ketiga menunjukkan Presiden Obama berbual-bual dengan bekas Presiden Bush dengan disertai isteri masing-masing ketika menantikan hidangan makan malam.
Foto keempat menunjukkan Presiden Obama bersama isterinya, Michelle, berbual-bual dengan bekas Setiausaha Negara dan bekas Wanita Pertama, Hillary Clinton.
Manakala foto kelima memaparkan suasana serius bagaimana Presiden Obama sedang mengedit teks ucapan bersama pembantunya.
Gambar keenam menunjukkan Presiden Obama dan isterinya, Michelle turun dari pesawat Air Force One, diikuti oleh bekas Presiden Bush bersama isteri dan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton sebaik tiba di Johannesburg.
Manakala gambar terakhir menunjukkan Presiden Obama dan isteri menaiki pesawat Air Force One dan diikuti oleh bekas Presiden Bush semasa berangkat pulang ke Washington.
Semasa penerbangan, Presiden Obama berada di Pejabat Presiden dan di kabin khas yang terletak di bahagian hadapan pesawat, manakala bekas Presiden Bush dan isteri menginap di suite perubatan dan bekas Wanita Pertama Hillary Clinton menginap di kabin kakitangan kanan.
Jurucakap White House Jay Carney berkata, "Ia adalah satu yang saya rasa, pengalaman yang pasti menyeronokkan presiden dan wanita pertama,'' katanya. ''Dan mereka berdua bersyukur kerana dapat bersama-sama bekas presiden dan wanita pertama, dan bekas setiausaha negara dalam satu penerbangan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.