|
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengakui tidak dibenarkan memiliki iPhone atas sebab keselamatan |
|
Ia sekali gus menerangkan mengapa beliau kadang kala dilihat masih menggunakan Blackberry yang bersaiz besar. Foto: Cult of Mac |
|
Beliau mendedahkan, anak perempuannya Sasha dan Malia menghabiskan banyak masa dengan iPhone. Foto: Getty Images |
|
Obama sering dilihat memeriksa mesejnya dalam limosin ketika keluar untuk urusan rasmi. Foto: White House/Flickr |
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengakui tidak dibenarkan memiliki iPhone atas sebab keselamatan.
Oleh itu, ia sekali gus menerangkan mengapa beliau kadang kala dilihat masih menggunakan Blackberry yang bersaiz besar.
“Saya tidak dibenarkan memiliki iPhone atas sebab keselamatan,” kata Obama kepada sekumpulan remaja di Rumah Putih untuk satu acara mempromosi undang-undang penjagaan kesihatan.
Beliau mendedahkan, anak perempuannya Sasha dan Malia menghabiskan banyak masa dengan iPhone.
Blackberry diyakini atas sebab mempunyai ciri keselamatan yang kukuh menjadikannya terus popular di kalangan pegawai kanan Washington ketika pengguna di pasaran telefon pintar memilih jenama lain termasuk dari Apple.
Langkah keselamatan Blackberry khusus untuk Obama dibuat tahun ini berikutan dakwaan perisik Amerika Syarikat mengintip telefon bimbit Canselor Jerman, Angela Merkel.
Dalam masa beberapa hari selepas mengangkat sumpah presiden, Obama menang hujah dengan agensi perkhidmatan risikan untuk terus memakai Blackberry walaupun ada kebimbangan ia boleh digodam.
Selain itu, agensi itu juga khuatir apa yang ditulis Obama di alat berkenaan boleh digunakan dalam siasatan Kongres.
Pemimpin Amerika itu sering dilihat memeriksa mesejnya dalam limosin ketika keluar untuk urusan rasmi dan hanya 10 orang mempunyai e-mel peribadinya.
Obama juga sering kali meluahkan kekecewaannya mengenai sekatan komunikasi Rumah Putih yang menyukarkan berhubung dengan orang biasa atau untuk mendapatkan maklumat dari dunia luar yang tidak ditapis.
Pembantunya berkata, Blackberry adalah satu cara untuk mengelak sekatan berkenaan. - AFP/Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.