Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 12 Disember 2013

Helikopter Mendarat Cemas Di Tengah Laut

Sebuah helikopter jenis Sikorsky S-76 terpaksa mendarat cemas di tengah laut kira-kira jam 7.42 pagi tadi (hiasan). Foto: Wikipedia

Helikopter tersebut melakukan pendaratan di tengah laut kira-kira 92 batu nautika dari pesisir pantai Bintulu. Foto: Residen Bintulu

Hospital Columbia, Miri. Foto: Imej Google


BINTULU - Dua juruterbang dan enam pekerja syarikat petroleum terselamat selepas helikopter dinaiki mereka terpaksa membuat pendaratan cemas di tengah laut kira-kira 92 batu nautika dari pesisir pantai Bintulu. 
Difahamkan, helikopter pengangkut jenis Sikorsky S-76 itu terpaksa mendarat cemas kira-kira jam 7.42 pagi tadi berikutan cuaca buruk. 
Ketika kejadian, pesawat yang disewa sebuah syarikat pertroleum sedang meninjau lokasi penggalian minyak dan gas di kawasan perairan terbabit. 
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Madang Usat ketika mengesahkan kejadian, berkata kesemua mangsa berjaya keluar dari pesawat sejurus melakukan pendaratan cemas. 
Katanya, kesemua mangsa kemudian diselamatkan oleh sebuah kapal yang kebetulan berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. 
"Kesemua anak kapal dan penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius, namun masih menjalani rawatan di Hospital Columbia, Miri. 
"Kes diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk siasatan lanjut," katanya. 
Selain Perancis, mangsa turut terdiri dari warga Finland, Denmark, Norway dan Kanada. - Berita Harian

Helikopter malang itu melakukan pendaratan cemas di permukaan laut, 92 batu nautika dari pesisir pantai Bintulu. Imej: Google Map


BINTULU - Dua juruterbang bersama enam kakitangan kontraktor syarikat petroleum, menempuh detik mencemaskan apabila helikopter dinaiki mereka mereka terpaksa melakukan pendaratan cemas di permukaan laut ekoran cuaca buruk pagi semalam. 
Kejadian berlaku jam 7.45 pagi, 92 batu nautika dari pesisir pantai Bintulu, ketika helikopter jenis Sikorsky S76 milik MHS Aviation, mahu menurunkan petugas terbabit di atas sebuah kapal peninjau lokasi cari gali minyak dan gas MV Viking. 
Ketika hendak menurunkan penumpang berkenaan, pesawat terbabit terperangkap dalam cuaca buruk menyebabkan juruterbang dan pembantunya, terpaksa beredar dari kapal berkenaan, sebelum melakukan pendaratan cemas di permukaan laut. 
Kecekapan dan pengalaman juruterbangnya, Kapten Lau Mon Teck, dan pembantu, Pegawai Pertama Mohd Rodzi Hassan, mengendalikan pesawat itu berjaya mengurangkan kesan pendaratan cemas itu, sekali gus mengelak kemalangan jiwa. 
Selepas berjaya mendarat cemas itu, anak kapal dan enam penumpang terdiri warga Perancis, Kanada, Finland, Norway serta Denmark, berenang keluar dari pesawat berkenaan, sebelum semuanya diselamatkan kapal peninjau terbabit. - Berita Harian 13.12.2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.