Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 9 Disember 2013

Lima Pelancong India Maut Nahas

Lima pelancong lelaki warga India maut selepas kereta mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter. Foto: myMetro

Mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kereta dan di bawa naik ke bahu jalan. Foto: NST

Anggota polis, bomba dan pasukan perubatan mengangkat salah seorang warga India yang maut. Foto: Berita Harian


REMBAU - Lima pelancong lelaki warga India maut selepas kereta mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Kilometer 241, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dekat Senawang di sini, semalam. 
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Toyota Altis bernombor pendaftaran Singapura terbabit, yang menghala ke arah Selatan, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan merempuh pokok sebelum terjunam ke gaung. 
Jurucakap polis berkata, semua mangsa tersepit di dalam kenderaan berkenaan dan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mereka. 
D Ponneri, 23; Aanand Meenakshi, 23; V Raghunathan, 28 dan S Karupannan, 29, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala serta badan dan dihantar ke Hospital Tampin, dekat sini untuk bedah siasat. 
Rakan mereka, Vijay Khatik, pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, dekat sini, kira-kira jam 7 malam tadi. 
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
Sementara itu, BH difahamkan, semua mangsa yang menaiki kereta sewa masuk ke negara ini melalui Singapura beberapa hari lalu, untuk melawat Kuala Lumpur. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.