Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 4 Disember 2013

Kereta Api Tergelincir Sebab Laju

Kereta api komuter yang tergelincir hujung minggu lalu dilaporkan bergerak 132 kilometer sejam (kmsj) ketika melalui selekoh

Belum dapat dipastikan sama ada kejadian disebabkan kecuaian atau masalah mekanikal

Jurutera kereta api terbabit, William Rockefeller turut tercedera dan trauma dengan kejadian itu

Gerabak komuter bertaburan bagaikan kereta api mainan

Kemalangan ini menyebabkan empat penumpang terbunuh dan 60 orang cedera


NEW YORK - Kereta api komuter yang tergelincir hujung minggu lalu sehingga menyebabkan empat penumpang terbunuh dilaporkan bergerak pada kelajuan 132 kilometer sejam (kmsj) ketika melalui selekoh, kata penyiasat persekutuan, semalam. 
Bagaimanapun, sama ada kejadian disebabkan kecuaian atau masalah mekanikal belum dapat dikenal pasti. 
Menurut pakar keselamatan, tragedi itu mungkin dapat dielak jika Metro-North Railroad memuatkan teknologi pengelak pelanggaran yang disyorkan pihak berkuasa sejak beberapa dekad lalu. 
Kelajuan kereta api itu diperoleh daripada dua perakam data selepas kemalangan pagi Ahad di Bronx. 
Kejadian berlaku di sebuah selekoh tajam malah had kelajuan ditetapkan di kawasan itu sepatutnya diturunkan daripada 112 kmsj kepada 48 kmsj. 
Ahli Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Earl Weener enggan mengulas mengenai keterangan jurutera yang mengendalikan kereta api itu kepada pihak penyiasat. 
Katanya, hasil ujian dadah serta alkohol juga belum diperoleh. 
Penyiasat turut memeriksa telefon bimbit jurutera berkenaan untuk memastikan sama ada perhatiannya dialihkan kepada peranti itu ketika kejadian berlaku. 
Pengarah eksekutif kesatuan pekerja rel Anthony Bottalico berkata, jurutera terbabit William Rockefeller turut tercedera dan trauma dengan kejadian itu. 
Namun dia memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan. 
“Setahu saya dia seorang yang jujur dan mempunyai rekod cemerlang, selain rajin menjalankan tugas,” katanya. - AP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.