|
Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, memulakan lawatan dua hari ke China semalam |
|
Sebaik tiba di Beijing, Biden melawat kedutaan Amerika Syarikat, mengejutkan warga China yang menunggu untuk mendapatkan visa |
|
Biden menggesa pelajar Cina mencabar kerajaan, guru dan pemimpin agama |
|
Biden berharap mereka belajar semasa lawatan bahawa inovasi hanya berlaku apabila ‘anda boleh bebas bernafas’ |
BEIJING - Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, memulakan lawatan dua hari ke China semalam dengan menggesa pelajar Cina mencabar kerajaan, guru dan pemimpin agama.
Sebaik tiba tengah hari di Beijing, Biden melawat kedutaan Amerika Syarikat, mengejutkan warga China yang menunggu untuk mendapatkan visa pelawat di bahagian konsular.
Mengucapkan terima kasih kepada mereka, kebanyakannya muda yang ingin melawat Amerika, Biden berharap mereka belajar semasa lawatan bahawa inovasi hanya berlaku apabila ‘anda boleh bebas bernafas.’
“Kanak-kanak di Amerika diberi ganjaran - tidak dihukum - jika mencabar status quo. Satu-satunya cara anda buat sesuatu yang baru adalah untuk memecahkan acuan yang lama,” katanya lagi.
Naib Presiden Amerika itu dianggap merujuk kepada peraturan kerajaan autokratik China berbeza dengan negaranya.
“Saya harap anda dapat melihatnya apabila anda di sana ,” kata Biden.
Bagaimanapun, Biden turut memuji sistem pendidikan China, sehari selepas keputusan peperiksaan global menunjukkan pelajar Amerika sekali lagi ketinggalan kepada rakan Asia dan Eropah.
Pelajar di Shanghai, bandar terbesar di China, mendapat markah tertinggi dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan itu. - AP/Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.