Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 5 Disember 2013

Jaket Paku Elak Dihimpit

Siew Ming Cheng (tengah) mencipta jaket Spike Away untuk mengelakkan dihimpit dalam pengangkutan awam

Spike Away yang diperbuat daripada plastik dan dilengkapi dengan pepaku plastik yang tajam

Cheng menghasilkan rekaan jaket ini ketika menghadiri bengkel rekaan di Universiti Nasional Singapura

Cheng berkata, jaket ini sesuai digunakan dalam pengangkutan awam yang sesak


SINGAPURA - Seorang pereka yang jemu dengan keadaan tolak-menolak ketika berada dalam kereta api bawah tanah mencipta aksesori yang pasti memudahkannya - tetapi menakutkan penumpang lain. 
Siew Ming Cheng menghasilkan rekaan jaket bergelar Spike Away yang diperbuat daripada plastik dan dilengkapi dengan pepaku plastik yang tajam. 
Cheng menghasilkan rekaan jaket itu ketika menghadiri bengkel rekaan di Universiti Nasional Singapura. 
Bengkel Chindogu itu adalah acara yang mengumpulkan pereka bagi mencari ciptaan menangani masalah seharian. Ia dikendalikan pereka perabot futuristik Jerman, Werner Aisslinger. 
Selepas sesi perbincangan peserta diberikan setengah hari untuk mencari bahan dan merealisasikan idea mereka. 
Cheng memutuskan untuk mencipta jaket yang dilengkapi senjata sebagai penyelesaian paling berkesan untuk masalah itu. 
Kesemua bahan untuk membuat jaketnya diperoleh dari kedai biasa. 
Jajaran pepaku itu biasanya digunakan untuk mengelak burung dan kucing daripada merosakkan tanaman. Rekaan tidak semestinya amat praktikal selagi dapat menyelesaikan masalah dan bagi Cheng, ia sesuai digunakan dalam pengangkutan awam yang sesak. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.