Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 14 Disember 2013

Hukum Mati Bapa Saudara Kerana Kuasa

Korea Utara semalam berkata, Jang Song Thaek - bapa saudara pemimpin negara itu, Kim Jong-un sudah dihukum mati

Tribunal khas tentera yang membicarakan Jang beresidang di Pyongyang, Korea Utara kelmarin.

Kes berkaitan Jang mendapat liputan media Korea Utara

Jang yang dianggap orang nombor dua di negara itu merupakan individu yang membantu Kim Jong-un mendapatkan kekuasaan

Jang (tengah) ditangkap semasa mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja di Pyongyang, pada 8 Disember

Awal minggu ini wajah Jang telah padam daripada dokumentari tv Korea Utara

Bandingkan gambar di atas dan gambar di bawah

Tidak diketahui nasib yang akan menimpa Kim Kyong Hui, ibu saudara Kim Jong-un, iaitu isteri Jang selepas ini

Penduduk di ibu negara Korea Utara membaca berita penyingkiran Jang

Sebelum ini Pak Nam Ki, 77, dihukum tembak atas tuduhan merosakkan urusan kewangan negara pada 2010

Bekas teman wanita Kim Jong-un juga dihukum tembak pada bulan Ogos lalu


PYONGYANG - Korea Utara semalam berkata, Jang Song Thaek - bapa saudara pemimpin negara itu, Kim Jong-un sudah dihukum mati. 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkait dengan pelaksanaan hukuman itu, pihak berkuasa Korea Utara menggelar bekas mentor pemimpin terbabit sebagai pengkhianat yang cuba merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan. 
Pengumuman mengejutkan itu dibuat hanya beberapa hari selepas Jang - yang dianggap orang nombor dua di negara itu - disingkirkan daripada semua jawatan kerana pelbagai tuduhan, termasuk rasuah, penggunaan dadah, berjudi dan kaki perempuan. 
Dalam pengumuman terperinci yang luar biasa, agensi berita kerajaan KCNA berkata, Jang cuba melakukan “jenayah tersembunyi untuk cuba menggulingkan kerajaan menerusi rancangan jahat dan keji dengan cita-cita untuk merampas kuasa tertinggi parti dan negara”. 
Kerajaan Korea Utara menggelarnya “pengkhianat kepada semua peringkat masyarakat di negara berkenaan” dan “lebih buruk daripada anjing”. 
Jong-un menyelia pengusiran berprofil tinggi sejak mengambil alih kuasa selepas kematian bapanya, Kim Jong II dua tahun lalu. Namun, tiada seorang pun yang disingkirkan itu diumumkan kepada rakyat sebagaimana tindakan ke atas Jang yang sebelum ini dilihat membantu Jong-un menggabungkan kuasa. 
Penganalisis berkata, Jong-un bertindak melulu tanpa belas ihsan untuk mengukuh dan menunjukkan kuasanya, tetapi terdapat kebimbangan di Seoul bahawa penyingkiran Jang dan pengikutnya akan menyebabkan ketidakstabilan atau salah percaturan atau serangan ke atas Korea Selatan. 
Jang dilihat oleh kuasa asing sebagai penyokong utama pembaharuan ekonomi ala China. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.