Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 5 Disember 2013

Kes Pukul Gigit Isteri Di Butik Selesai

Calven (dua dari kiri) dan Amanda (dua dari kanan) di luar Mahkamah Majistret Ipoh, Perak semalam. Foto: Kosmo!

Imej CCTV yang menunjukkan Calven memukul Amanda pada 23 Ogos 2012

Amanda bersama peguamnya semasa sidang akhbar di Pusat Khidmat MCA Ipoh Timur tahun lalu 

Peguam Amarjit menunjukkan kesan lebam di lengan anak guamnya

IPOH - Kes pengusaha butik aksesori dan pakaian yang didakwa memukul dan mencederakan isterinya di dalam sebuah butik, selesai selepas,Mahkamah Majistret di sini, membenarkan si suami membayar kompaun RM2,500. 
Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan Chik Foo Keong, 27, membayar kompaun itu kepada Amanda Fong Kim Yen, 20, secara berperingkat. 
Dalam prosiding hari ini, peguam Dexter Mah Kok Leong yang mewakili Chik memberitahu mahkamah bahawa pasangan itu telah mencapai persetujuan untuk selesai secara damai dengan Chik bersetuju memohon maaf kepada isterinya atas kejadian yang berlaku. 
"Chik turut memaklumkan akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan bersetuju untuk membayar RM2,500 bagi kos perubatan, selain kedua-duanya akan menyelesaikan petisyen berhubung penceraian mereka tanpa sebarang tuntutan," kata peguam itu. 
Peguam itu juga memberitahu bahawa dalam persetujuan itu sebarang nama pengadu iaitu isterinya yang bersangkut dengan Chik dalam perniagaan akan dibatalkan. 
Peguam yang mewakili Amanda, Tan Sri Darshan Singh kemudian bersetuju dan mengesahkan semua perkara yang dinyatakan Mah itu telah diterima oleh Amanda untuk penyelesaian. 
Dalam prosiding itu, kelihatan Chik memohon maaf kepada isterinya selepas mahkamah membenarkan permohonan Darshan supaya berbuat demikian. 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. 
Mengikut pertuduhan, pengusaha butik itu mengaku tidak bersalah melakukan serangan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di Butik Amanda & Co, Ipoh Garden South di sini pada 4 petang, 23 Ogos 2012 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 
Sebelum ini, akhbar melaporkan pendedahan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Amanda Fong, menunjukkan seorang lelaki memukul dan mencederakannya. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.