|
Sejak 10 tahun lalu Sarah Wulchak telah 23 kali ditahan polis kerana berbagai kesalahan |
|
11 September 2003 ketika berusia 22 tahun |
|
9 Jun 2005 ketika berusia 24 tahun |
|
18 Mei 2007 |
|
1 Ogos 2007 |
|
18 April 2010 |
|
27 Jun 2010: Sarah Wulchak ditahan sebanyak 6 kali |
|
24 September 2012 |
|
25 Jun 2013 |
|
Terbaru: 5 Disember 2013 |
TALLAHASSEE (Florida) - Sejak 10 tahun lalu Sarah Wulchak (gambar) menjadi wanita yang “sangat sibuk” dan keadaan itu dapat disaksikan melalui perubahan fizikalnya dalam 25 gambar polis.
Sarah, 34, disabitkan dengan pelbagai kesalahan daripada mencuri kereta, menceroboh hingga menyebabkan kecederaan dan membawa kepada 23 tangkapan sejak 2003.
Semua kes itu berlaku di daerah Volusia.
Dalam gambar polis pertamanya, dia kelihatan berkaca mata dan sihat, tetapi 10 tahun kemudian imej itu hanya tinggal kenangan. Walaupun kebanyakan kesalahannya kecil, Sarah menjadi perhatian pada Januari 2013 selepas didakwa menggigit hingga putus telinga teman lelakinya di bilik tidur mereka. Keadaan itu memaksa mangsa, Steve Bolin, 53, mendapatkan bantuan polis untuk menyelamatkan diri.
Polis berkata, Bolin sedang memakan sepinggan spageti di rumah mereka di DeLand apabila berlaku pertengkaran. Keadaan kemudian menjadi tidak terkawal memaksa Bolin berlindung di dalam biliknya tetapi Sarah tetap menyerang dan menggigit - hingga putus - telinga mangsa. Sarah ditahan di sebuah hotel tempatan sejurus selepas kejadian. Dia turut ditahan empat kali atas kesalahan membabitkan insiden menggigit telinga. - Agensi/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.