Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 9 Januari 2014

Dulu Pegawai Tentera Kini Tinggal Dalam Kereta

Dulu pegawai tentera kini tinggal dalam kereta

Robert Freniere, 59, kini tidak mempunyai tempat tinggal

Freniere pernah berkhidmat sebagai pembantu khas kepada Jeneral Stanley McChrystal

Freniere segak dengan pakaian seragam sebagai kolonel semasa dalam angkatan tentera

Kini Freniere merenung masa silamnya


Seorang veteran tentera AS yang pernah menyertai pertempuran di seluruh dunia dan pernah menjadi pembantu khas kepada pegawai tertinggi tentera kini terpaksa tinggal dalam van kerana tidak mempunyai pekerjaan. 
Robert Freniere, 59, yang tidak mempunyai tempat tinggal memberitahu Philly.com, berpuluh-puluh permohonannya untuk mendapatkan pekerjaan telah ditolak, walaupun beliau mempunyai kelayakan yang baik dan tiga ijazah universiti. 
Freniere yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama 30 tahun dengan pangkat terakhir sebagai kolonel berkata, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak 2012 apabila beliau bekerja sebagai kontraktor pertahanan. 
Freniere menjelaskan, walaupun dia menerima pencen tahunan tentera sebanyak AS$40,000 (RM131,214) setahun, namun dia telah dikelilingi hutang sejak bersara daripada pasukan Tentera Udara dan telah berpisah dengan isterinya sejak dua tahun lalu. 
Di antara hutang yang ditanggung beliau ialah yuran pengajian kolej dua anaknya. 
Freniere berkata beliau akan tinggal di motel apabila dia mampu, dan kadang-kadang menumpang tidur bersama kawan-kawannya. 
Menurut Philly.com, sepanjang kerjayanya dalam angkatan tentera, Freniere pernah bertugas di Somalia, Panama, Haiti dan Kuwait. 
Freniere juga memegang ijazah sarjana dalam bidang sains politik, keadilan jenayah, dan keselamatan negara dan kajian strategik. 
Freniere pernah berkhidmat sebagai pembantu khas kepada Jeneral Stanley McChrystal, bekas komander tentera AS di Afghanistan, antara 2003 dan 2005.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.