Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 7 Januari 2014

Penerbit Ulung Filem Asia Meninggal Dunia

Penerbit filem terulung Hong Kong, Run Run Shaw meninggal dunia pada usia 107 tahun, hari ini

Run Run Shaw semasa berada di khalayak ramai beberapa tahun lalu

Logo yang digunakan dalam filem-filem keluaran Shaw Brothers

Run Run Shaw (kiri) bersama abangnya Runme Shaw (kanan) telah mengasaskan Malay Film Production di Singapura

Run Run Shaw bersama P Ramlee


HONG KONG - Penerbit filem terulung Hong Kong, Run Run Shaw meninggal dunia pada usia 107 tahun hari ini. 
Shaw meninggal dunia di kediamannya di sini dan ditemani ahli keluarganya. 
Kenyataan akhbar Television Broadcasts Limited (TVB) menyebut bahawa punca kematian beliau tidak diberikan. Shaw membantu menubuhkan TVB pada 1967. 
Shaw adalah salah seorang tokoh berpengaruh dalam industri hiburan di Asia. 
Shaw Brothers Studios menerbitkan kira-kira 1,000 filem kerana mempopularkan genre kung fu sehingga mempengaruhi Quentin Tarantino dan pengarah handalan lain di Hollywood. 
"Dengan wawasan dan tenaganya, beliau menubuhkan syarikat ini (TVB) dan kemudiannya muncul sebagai stesen televisyen utama di Hong Kong dan pemimpin utama dalam industri televisyen berbahasa Cina," kata TVB. 
Shaw pernah menjadi Pengerusi Eksekutif TVB sehingga 2011 dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi emeritus. 
Studio filem milik Shaw pernah dinobatkan sebagai yang terbesar di dunia turut membantu menaikkan nama pengarah terkenal termasuk John Woo. 
Sementara itu, antara filem Melayu terbitan Shaw Brothers ialah Mutiara, Bermadu, Toping Saitan, Hanchor Hati, Ibu Tiri, Terang Bulan Di Malaya, Tiga Kekaseh, Mata Hantu, Gagak Hitam, Sergeant Hassan, Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Lanchang Kuning (1961), Penarik Becha, (1955), Bawang Puteh Bawang Merah (1959), Adam (1956), Laila Majnun (1933), Selamat Tinggal Kekasihku (1955), Toping Hitam, Keluarga Si Comat dan Tun Tejah. - Agensi/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.