|
Thomas J. Stanley dan William D. Danko telah membuat kajian terhadap jutawan di Amerika Syarikat selama 20 tahun |
|
Hasil kajian mereka telah diterbitkan dalam buku The Millionaire Next Door pada tahun 1997 |
Satu kajian telah dijalankan oleh Thomas J. Stanley dan William D. Danko terhadap para jutawan di Amerika Syarikat. Hasil kajian yang mengambil masa selama 20 tahun itu telah diterbitkan dalam buku The Millionaire Next Door pada tahun 1997.
Dalam kajian mereka, Stanley & Danko mendefinisikan jutawan sebagai individu yang memiliki kekayaan bersih bernilai US$1 juta (RM3 juta) atau lebih.
Kajian ini menarik kerana Stanley & Danko telah mengenalpasti siapa yang benar-benar kaya dan siapa yang sebaliknya.
Hasil kajian Stanley & Danko mendapati:
1. Sebahagian besar mereka yang tinggal di rumah mahal dan memandu kereta mewah tidak semestinya benar-benar kaya atau jutawan.
2. Tetapi mereka benar-benar kaya atau jutawan sebahagian besarnya tinggal di kawasan penempatan biasa (bukan kawasan perumahan elit).
Kira-kira 90% para jutawan sebenar itu masih tinggal di rumah lama mereka, masih memakai kereta biasa dan masih membeli baju dan jam yang murah.
Hasil kajian Stanley & Danko juga mendapati bahawa tidak semestinya orang yang berpendapatan tinggi memiliki kekayaan yang banyak.
Hanya 10% di kalangan mereka yang berkenaan yang benar-benar jutawan. Selebihnya merupakan individu yang high income tapi low net wort. Dalam perkataan lain, mereka berpendapatan tinggi tetapi mempunyai simpanan yang sedikit!
Berdasarkan kajian tersebut, mereka menyimpulkan tujuh sifat sepunya para jutawan berkenaan:
1. Kesemua mereka hidup dibawah kemampuan;
2. Mereka membahagikan masa, tenaga dan wang mereka dengan cekap untuk membina kekayaan;
3. Mereka percaya kebebasan kewangan lebih penting daripada memperagakan status sosial yang tinggi;
4. Ibubapa mereka tidak memberi bantuan kewangan;
5. Anak-anak mereka yang dewasa mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh;
6. Mereka cekap merebut peluang-peluang yang muncul di pasaran;
4. Mereka memilih kerjaya yang betul.
Iktibar daripada kajian tersebut ialah:
1. Kekayaan (wealth) bukan bergantung pada pendapatan (income), tetapi nilai bersih (net worth) atau dalam perkataan lain: kekayaan bukan berapa banyak wang yang kita dapat tapi berapa banyak wang yang dapat kita simpan.
2. Kunci kekayaan ialah berjimat cermat dalam perbelanjaan.
3. Setelah berjimat-cermat baru kita ada wang lebih untuk menabung. Hanya dengan menabung barulah kita menjadi kaya.
Bukan: "kalau aku kaya, hari-hari hari raya". Kalau hari-hari hari raya, orang kaya boleh jadi papa kedana! Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.