|
Bekas Leftenan Jeneral Gu Junshan dituduh terlibat rasuah. Foto: SCMP |
|
Rumah agam milik Gu di bandar Puyang di wilayah tengah Henan. Foto: Caixin.com |
BEIJING - Seorang pegawai tertinggi tentera China didakwa memiliki berpuluh rumah, patung emas dan peti minuman keras mewah dalam satu pendedahan rasuah yang jarang membabitkan pasukan tentera bersenjata di negara itu, kata laporan semalam.
Pendedahan membabitkan bekas Leftenan Jeneral dan juga timbalan ketua logistik Tentera Pembebasan Rakyat China, Gu Junshan yang dipercayai masih dalam siasatan, ketika pemimpin China meningkatkan usaha membanteras pegawainya yang mengamalkan rasuah.
“Ada amalan rasuah dalam tentera terutama sekali bagi sektor logistik tetapi pendedahan mengenai tentera yang menentang rasuah sering kali tidak diberikan pendedahan untuk menjaga imej tentera,” lapor akhbar Global Times, yang memetik seorang pakar anti rasuah yang enggan mendedahkan namanya.
Gu dilaporkan memiliki berpuluh apartmen di tengah Beijing dan rumah agamnya di bandar Puyang di wilayah tengah Henan menempatkan beberapa karya seni daripada emas, lapor majalah Caixin pada Rabu selepas dua tahun menjalankan siasatan. - AFP/Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.