Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 10 Januari 2014

Obama Hadkan NSA Intip Perbualan Telefon

Presiden Barack Obama dijangka akan mengehadkan akses Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) terhadap rekod telefon rakyat

Edward Snowden sebelum ini mendedahkan NSA mengintip perbualan telefon termasuk pemimpin negara-negara sekutu

Di antara pemimpin sekutu yang diintip termasuk Canselor Jerman Angela Merkel (kiri)

Seorang hakim bulan lalu memutuskan program koleksi besar NSA melanggar Pindaan Keempat Perlembagaan AS


WASHINGTON - Presiden Barack Obama dijangka akan mengehadkan akses Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) terhadap rekod telefon rakyat dan mengawal pengintipan terhadap pemimpin asing, demikian menurut mereka yang biasa dengan kajian semula program pengawasan oleh Rumah Putih. 
Obama akan membentangkan keputusan yang amat dinantikan itu seawal minggu depan. 
Semalam, presiden itu membincangkan kajian semula itu dengan penggubal undang-undang, manakala peguam tertingginya berbincang dengan beberapa kumpulan. Wakil daripada syarikat teknologi akan bertemu dengan pegawai Rumah Putih, hari ini. 
Rumah Putih berkata, Obama sedang mengumpulkan maklumat sebelum membuat keputusan muktamad. 
Antara perubahan yang dijangka dilakukan Obama ialah memperkukuhkan Rangka Kerja Keutamaan Risikan Kebangsaan, dokumen sulit mengenai keutamaan pengumpulan risikan Amerika dan digunakan dalam membuat keputusan pengawasan terhadap pemimpin asing. 
Lembaga Kaji Semula mencadangkan untuk meningkatkan bilangan pegawai dasar yang akan menentukan keutamaan itu, yang akan mengehadkan intipan ke atas negara-negara rakan. 
Dokumen yang dikeluarkan penganalisis sistem Agensi Keselamatan Antarabangsa, Edward Snowden mendedahkan AS memantau komunikasi beberapa pemimpin negara-negara rakan, termasuk Canselor Jerman Angela Merkel. 
Pendedahan itu membangkitkan kemarahan Merkel serta pemimpin lain dan pegawai AS berkata pendedahan itu telah merosakkan hubungan Obama di seluruh dunia. 
Obama dan Merkel bercakap dalam telefon semalam, tetapi pegawai AS tidak menyatakan sama ada mereka membincangkan isu NSA itu. 
Presiden juga dikatakan sedang mempertimbangkan satu daripada cadangan Lembaga Kaji Semula itu iaitu untuk menggugurkan kuasa NSA menyimpan rekod telefon berjuta-juta rakyat Amerika, sebaliknya rekod itu dipegang oleh syarikat telefon atau pihak ketiga. - AP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.