|
Pesawat Airbus A380 Singapore Airlines dari London ke Singapura membuat pendaratan kecemasan di Baku, Azerbaijan |
|
Foto yang dirakam oleh seorang penumpang menunjukkan corong oksigen tergantung |
SINGAPURA - Pesawat Airbus A380 milik Singapore Airlines yang dalam penerbangan dari London ke Singapura terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Baku, Azerbaijan selepas tekanan dalam kabin menurun.
Syarikat penerbangan itu berkata, topeng oksigen dikeluarkan dan tiada seorang daripada daripada 467 penumpang dan 27 anak kapal mengalami kecederaan.
Kenyataan akhbar syarikat berkenaan berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan untuk memindahkan penumpang ke sebuah hotel sehingga pesawat gantian tiba dari Singapura.
Setakat ini, punca tekanan dalam kabin itu menurun belum dapat dipastikan. - AP/Berita Harian 6.1.2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.