Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 16 Januari 2014

Penumpang Bantu Juruterbang Sakit Jantung

Linda Alweiss menyelamatkan juruterbang pesawat United Airlines Boeing 737 yang diserang sakit jantung

Linda Alweiss membawa juruterbang pesawat keluar dari kokpit

Alweiss dibantu oleh seorang lagi wanita, Amy Sorenson

IOWA - AMERIKA SYARIKAT. Penumpang pesawat United Airlines Boeing 737 berhadapan detik cemas apabila juruterbang pesawat berkenaan diserang sakit jantung. 
Dipetik laporan Daily Mail, bagaimanapun, beliau bernasib baik selepas diselamatkan oleh seorang jururawat Linda Alweiss dari Camarillo, California yang ketika itu dalam perjalanan dari Des Moines ke Denver bersama suami dan anak perempuannya. 
"Saya tampil membantu selepas kru pesawat membuat pengumuman jika ada kalangan penumpang yang mempunyai latihan perubatan," katanya. 
Alweiss kemudiannya dibantu seorang lagi wanita, Amy Sorenson untuk memberikan rawatan kecemasan. 
Pesawat itu bagaimanapun mendarat dengan selamat di Ohama selepas pembantu juruterbang mengambil alih penerbangan dan meneruskan perjalanan menuju ke Denver keesokan harinya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.