|
Anggota polis menahan lelaki yang cuba merompak dua beradik. Foto: myMetro |
|
Dua beradik ditenangkan selepas ketakutan disamun dua lelaki. Foto: myMetro |
KUCHING - “Sebaik mendapat tahu dua beradik itu cuba dirompak, saya segera memecut kenderaan mengejar suspek,” kata seorang ahli perniagaan yang mematahkan cubaan dua lelaki bersenjatakan pisau lipat merompak dua beradik, sekali gus membolehkan seorang daripadanya ditahan dalam kejadian di Tabuan Jaya, di sini, semalam.
Menceritakan kejadian itu, ahli perniagaan berusia 34 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia nekad memecut Toyota Harrier miliknya untuk mengejar suspek yang ditinggalkan rakannya sebaik orang ramai mengerumuni lokasi kejadian pada jam 3.15 petang.
“Sebelum itu, saya ke lokasi kejadian kerana mahu menjemput isteri pulang sebelum dikejutkan dengan kekecohan itu.
“Saya melihat penduduk keluar beramai-ramai dan mereka memaklumkan dua beradik itu cuba dirompak.
“Hati saya geram dan sebab itu saya terus memecut kenderaan untuk mengejar suspek. Ketika itu, suspek berlari selepas ditinggalkan rakannya. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.