Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 16 Januari 2014

Roket Palestin Ganggu Pengkebumian Sharon

Konvoi membawa jenazah Sharon untuk dikebumikan. Foto: EPA

Roket Palestin jatuh di kawasan berdekatan ladang milik keluarga Sharon, tempat mendiang dikebumikan. Foto: Al Arabia

Pengkebumian Sharon di sebelah isterinya terganggu oleh roket Palestin. Foto: Telegraph


GENTING GAZA - ISRAEL. Dua roket dilepaskan berhampiran kawasan pengebumian bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon di Shaar HaNegev, semalam. 
Jurucakap polis Micky Rosenfeld bagaimanapun tidak menyatakan roket berkenaan dilepaskan dari kawasan mana tetapi tidak menolak ianya dilakukan oleh sekumpulan individu dari sempadan Gaza. 
“Bom itu disasarkan di bandar Sderot terletak berhampiran sempadan Gaza. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan,” katanya kepada Al Arabiya. 
Susulan kejadian itu, polis dan tentera Israel meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.