|
Askar-askar Rusia menyekat sebuah pangkalan udara dan menceroboh sebuah lagi pangkalan di Semenanjung Laut Hitam |
|
Seorang askar Rusia berkawal di sebuah lapangan terbang di Crimea |
|
Berdozen askar tanpa sebarang lambang di seragam mereka berkawal di sebuah lapangan terbang di Sevastopol |
|
Presiden Ukraine yang Pro-Rusia, Viktor Yanukovych yang digulingkan masih mendakwa dia adalah presiden yang sah |
|
Kawasan-kawasan di Ukraine yang didiami oleh penduduk yang bertutur bahasa Rusia |
|
Pada hari Jumaat, sejumlah penduduk pro-Rusia merampas bangunan-bangunan kerajaan di Crimea |
KIEV - Menteri Dalam Negeri Ukraine semalam menuduh tentera Rusia melakukan pencerobohan bersenjata di wilayah Crimea milik Ukraine.
Menteri berkenaan, Arsen Avakov mendakwa, askar-askar Rusia itu menyekat sebuah pangkalan udara dan menceroboh sebuah lagi pangkalan di Semenanjung Laut Hitam.
Insiden tersebut berlaku sehari selepas berpuluh-puluh lelaki bersenjata Pro-Rusia merampas beberapa buah bangunan di ibu negeri Crimea di sini termasuk bangunan Parlimen wilayah.
Parlimen Crimea dijangka mengadakan satu pungutan suara pada 25 Mei depan bagi meluaskan kuasa autonomi wilayah berkenaan daripada Kiev.
"Saya menganggap apa yang berlaku sebagai pencerobohan bersenjata dan penaklukan," kata Avakov dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.
Menurut Avakov, askar-askar daripada Armada Laut Hitam Rusia yang berpangkalan di Crimea telah melaksanakan sekatan ke atas pangkalan udara.
Belbek dekat Sevastopol di mana sejumlah askar dan pengawal sempadan Ukraine ditempatkan.
Tiada pertempuran bersenjata dilaporkan setakat ini tetapi pangkalan udara itu tidak beroperasi seperti biasa.
Walaupun tidak menampilkan sebarang lambang, askar-askar Rusia itu tidak menyembunyikan identiti mereka, kata Avakov.
Dalam pada itu, Avakov memberitahu, sekitar 120 lelaki bersenjata yang memakai seragam tentera tetapi tanpa lambang negara telah memasuki lapangan terbang kedua di sini awal semalam.
Beliau menuduh mereka sebagai anggota tentera Rusia.
Insiden itu menyusul selepas Presiden Ukraine yang Pro-Rusia, Viktor Yanukovych digulingkan pada hujung minggu lalu. - AFP/Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.