Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 13 Mei 2013

Ulama Bina Jambatan Guna Akar

Jambatan akar ini digunakan untuk menghubungkan penduduk dari kampung Pulut-pulut dan Lubuak Silau di Sumatera

Jambatan pokok hidup yang merentasi Sungai Bayang ini dikenali sebagai 'Jambatan Akar'

Di bawah jambatan akar, air Sungai Bayang mengalir dengan deras

Jambatan sepanjang 30 meter ini mengambil masa selama 26 tahun untuk siap dan telah digunakan sejak 100 tahun yang lalu

Akar dari dua pokok disimpul merentangi Sungai Bayang

Penduduk tempatan percaya, mereka yang mandi dengan suatu hajat di bawah jambatan ini akan makbul hajatnya

Kini jambatan akar di Sungai Bayang, Daerah Pesisir Selatan, Sumatera Barat, Indonesia, menjadi tarikan pelancong yang popular

Namun para pengguna perlu berhati-hati ketika hujan kerana jambatan ini licin


Terjalin daripada akar pokok hidup, jambatan usang ini hanya beberapa meter sahaja dari permukaan air sungai yang deras dan kelihatan seperti pemandangan dalam satu babak filem Indiana Jones. 
Tetapi jambatan unik yang dipanggil 'Jambatan Akar' ini sebenarnya adalah alat penting untuk menghubungkan penduduk dari dua kampung kecil di Daerah Pesisir Selatan, Sumatera Barat, Indonesia. 
Jambatan ini dibina melalui simpulan akar dua pokok Kubang yang merentasi Sungai Bayang, yang beransur-ansur menjadi kukuh sehingga penduduk dari kampung Pulut-pulut dan Lubuak Silau menggunakannya sebagai kemudahan menyeberangi sungai. 
Selama lebih 100 tahun, penduduk di sini telah menggunakan jambatan sepanjang meter 30 ini untuk perhubungan dan perdagangan, dan kini ia menjadi tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke tempat ini. 
Gambar jambatan yang luar biasa ini telah dirakam oleh jurugambar amatur Robertus Pudyanto yang telah melawat kampung-kampung ini dengan bantuan penduduk tempatan. 
Robertus berkata, 'jambatan akar' sering dikunjungi oleh pelancong semasa cuti atau sebelum Hari Raya kerana jambatan ini dianggap suci. 
"Jambatan ini sangat penting kepada penduduk kampung dan keseluruhan hidup mereka bergantung kepada jambatan ini. 
"Hasil kerja yang luar biasa tetapi anda perlu berhati-hati apabila berjalan di atas jambatan ini ketika hujan kerana ia licin dan itu tidak baik jika terjatuh lima meter ke dalam sungai yang deras." 
Jambatan akar dibina oleh seorang ulama tempatan bernama Pakih Sohan dan telah digunakan sejak 1890. 
Proses pembinaan mengambil masa lebih kurang 26 tahun. 
Jabatan ini telah dibina selepas jambatan buluh sebelumnya dimusnahkan oleh arus deras Sungai Bayang. 
Kerja membina jambatan ini bermula dengan menjalinkan akar pokok dari kedua-dua belah tebing sungai dan  disokong dengan buluh. Akar berkenaan kemudian mengukuh dan membesar dari masa ke masa sehingga jambatan cukup kuat untuk dilalui. 
Di sekeliling pangkal jambatan terdapat beribu-ribu ikan yang juga dianggap suci dan dilarang untuk dipancing atau ditangkap. 
Menurut kepercayaan penduduk tempatan, apabila penduduk mempunyai sesuatu hajat dan mandi di sekitar jambatan akar di Sungai Bayang, hajat mereka akan diperkenankan oleh Tuhan. - dailymail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.