|
Van model T5 Doubleback baru ini menyembunyikan petak rahsia yang secara automatik boleh dikeluarkan dengan menekan suis |
|
Keistimewaan van ini ialah ia boleh dipanjangkan untuk menjadikan ruangan dalamnya luas |
|
Imej ini menunjukkan bahagian dalam van kemping sebelum ditukarkan ke versi yang lebih luas |
|
Ia dilengkapi dengan peralatan memasak, peti sejuk, katil dan juga bumbung angkat |
|
Van kemping ini boleh menjadi luas hanya dengan menekan butang suis |
|
Van kemping ini sesuai untuk digunakan dalam perkelahan dan perjalanan jauh |
Apabila dilihat di jalan raya, tidak ada yang luar biasa tentang van ini.
Walau bagaimanapun, terdapat reka bentuk yang menarik dan luas pada bahagian dalamnya dengan hanya menekan butang suis.
Van ini sebenarnya adalah ciptaan baru model T5 Doubleback yang boleh berubah menjadi rumah panjang beroda.
Terdapat tempat duduk mewah untuk lima orang yang boleh diubah semula menjadi katil yang besar dan meja lipat di bahagian dalam van ini.
Van ini menggunakan komposit aluminium yang digunakan dalam industri penerbangan, boleh dipanjangkan dan cukup kuat untuk menampung berat keluarga empat orang.
Panjangnya boleh ditambah dua meter dengan bahagian van yang dipanjangkan disangga oleh tupang diri khas.
Van ini adalah model terbaru dalam siri ikonik van perkemahan VW, yang mendapat sambutan hangat daripada para pelancong di seluruh dunia selepas dilancarkan oleh syarikat kereta Jerman pada tahun 1950.
Model Doubleback adalah van perkhemahan pertama yang menggunakan teknologi gelongsor, yang mengambil masa kurang satu minit untuk dipanjangkan.
Van T5 Doubleback 2013 adalah model asas manakala model top-spec ditambah dengan tv skrin rata, pemain DVD, katil dan bumbung angkat.
Van ini juga dilengkapi dengan peralatan bina dalam seperti alatan memasak, peti sejuk, katil dan bumbung yang boleh diangkat.
Doubleback adalah hasil kerjasama antara Danbury Motorhomes of Bristol dan syarikat Welsh Overlander Motorhomes.
Seorang jurucakap Danbury Motorcaravans berkata, "model Doubleback adalah unik, dengan konsep baru yang menarik dalam perkhemahan.
"Keindahan van ini adalah pada penampilan pertamanya yang kelihatan seperti van-van yang lain, tetapi kemudian bertukar menjadi sebuah van yang lain.
"Ia adalah evolusi lebih daripada 60 tahun ikon van perkhemahan Volkswagen." - MailOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.