Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 22 Mei 2013

Puting Beliung Gergasi Landa Oklahoma

Gambar menunjukkan ribut puting beliung yang diambil oleh seorang penduduk tempatan

Puting beliung gergasi ini melalui kawasan pinggir bandar Oklahoma City dan meranapkan bangunan yang dilaluinya

Hanya tinggal papan tanda yang rebah ke bumi manakala bangunan restoran telah ranap

Seorang perempuan berjalan melintasi bangunan yang telah ranap

Pemandangan dari udara menunjukkan kawasan yang dilalui angin puting beliung

Dengan sekelip mata para penduduk tempatan ini kehilangan tempat tinggal mereka

Sebuah bangunan sekolah rendah turut ranap dilanda puting beliung

Seorang kanak-kanak perempuan diselamatkan dari runtuhan bangunan sekolah

Para penyelamat sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap di celah-celah bangunan runtuh

Seorang warga emas duduk di kerusi goyang yang terselamat dari puting beliung di halaman rumahnya yang telah ranap


MOORE - Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin. 
Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera. 
Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. 
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut mengisytihar kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar. 
Menurut White House, Obama telah dimaklumkan secara ringkas mengenai bencana alam itu. 
Seramai 20 daripada 91 orang yang terbunuh itu merupakan kanak-kanak. 
Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam. 
Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore. 
Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah. 
Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion). 
Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda. 
Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini. 
"Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak. 
Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca. 
Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda. 
"Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya. 
Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat. - Reuters/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.