|
Che Haliza Che Deraman, 36 tahun. Foto: Sinar Harian |
|
Abdullah rayu isteri pulang. Foto: Sinar Harian |
GUA MUSANG - “Saya tidak sangka dia (isteri) saya ada hubungan sulit dengan seorang lelaki sebelum bertindak melarikan diri bersama lelaki terbabit dihadapan mata saya sendiri.
“Walau bagaimanapun, Che Haliza Che Deraman, 36, masih isteri saya yang sah dan belum saya ceraikan dia sampai sekarang,” kata Abdullah Majid, 59, yang mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup 18 tahun bersama isterinya itu.
Beliau yang berasal dari Kampung Sungai Temor, Kuala Lipis, Pahang berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mengesan isterinya, namun gagal ditemui sampai sekarang.
Katanya, sebelum kejadian jam 4 petang 22 Februari lalu, isteri mengajaknya keluar ke bandar ini kononnya untuk membeli barang kosmetik disebuah kedai.
“Ketika saya ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang, dia terus menuju ke kedai jualan kosmetik tidak jauh dari bank berkenaan dan selepas itu saya menghulurkan wang untuk tujuan berkenaan.
“Sebaik saya menghulurkan wang, isteri saya itu terus menaiki sebuah kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali yang menunggu dihadapan kedai berkenaan dan terus menghilangkan diri,” katanya.
Abdullah berkata, dia sedih dengan perbuatan curang isterinya yang berniat jahat untuk bersama lelaki terbabit tanpa menghiraukan kasih sayang anak-anak yang tinggal bersendirian di rumah.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu, lima anaknya yang masih bersekolah tinggal dalam keadaan tidak terjaga kerana dia terpaksa bekerja di sebuah syarikat pemaju perumahan di bandar ini.
Katanya, seorang daripada anaknya terpaksa berhenti sekolah kerana tekanan hidup dan tidak ada siapa yang sanggup menjaganya terutama menyiapkan makanan setiap hari.
“Kini saya hanya mengharapkan kepada seorang anak perempuan yang sulung, Haszuhazlim, 18, bagi menjaga adik-adiknya walaupun dia masih belajar di tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapoh, Kuala Lipis,” katanya.
Menurutnya, empat lagi anaknya yang masih bersekolah Hazrin, 13, Ameri, 10 dan Mohd Shah, 4 manakala yang terpaksa berhenti sekolah Hazidafarain, 16.
Beliau juga sudah membuat dua laporan polis selepas kejadian itu termasuk awalnya jam 4.30 petang pada 22 Feb lalu di Balai Polis Merapoh, Pahang sebelum ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang setengah jam kemudian.
“Saya merayu kepada sesiapa yang mengenali, Che Hasliza supaya menghubungi saya ditelefon 012-9467109 untuk memudahkan saya mencarinya bagi menyelesaikan kes bersekedudukan dengan lelaki terbabit secara haram,” katanya. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.