Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 28 Mei 2013

Pelancong Maut Terkena Kipas Bot Di Besut

Mangsa, Madaline Jeyne, 25, warga Britain

Madaline Cole (tengah) meninggal dunia selepas dilaporkan terkena bilah kipas bot

Madeline terbunuh di kawasan berdekatan Pulau Perhentian, di Laut China Selatan


Mayat Madaline dihantar ke Hospital Besut untuk dibedah siasat.

BESUT - Kegembiraan sekumpulan pelancong asing berenang menikmati keindahan terumbu karang berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dan seorang lagi cedera parah terkena bilah kipas bot di Pulau Perhentian Kecil, di sini, semalam. 
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, mangsa, Madaline Jeyne, 25, warga Britain, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Pulau Perhentian, sebelum dihantar ke Hospital Besut. 
Rakannya, Simon James Rogers, 22, dari Australia, cedera parah. 
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua rakannya sedang melakukan snorkeling di kawasan D Lagoon. 
"Kemudian datang sebuah bot pelancong menuju ke jeti berhampiran. 
"Pemandu bot warga tempatan berusia 23 tahun itu dikatakan tidak nampak mangsa sedang menyelam, menyebabkan dia melalui kawasan mangsa dan terlanggar mereka," katanya. 
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah, terutama di bahagian pinggang ke bawah. Pergelangan kaki kanannya hampir putus. 
“Simon cedera parah di perut dan kedua kaki. 
"Kedua-dua mangsa diselamatkan oleh pemandu bot yang melanggar mereka," katanya. 
Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati mangsa mandi di luar kawasan selamat yang dikhaskan untuk aktiviti menyelam atau snorkeling. 
"Mangsa juga tidak memakai jaket keselamatan. Mayat Madaline dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat, manakala Simon dirujuk ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, Kelantan,” katanya. 
Madaline datang ke Malaysia pada 4 April lalu. Teman lelakinya, dikenali sebagai Ross, yang bersamanya di Pulau Perhentian, tetapi tidak berada di tempat kejadian, kelihatan sedih ketika ditemui di Hospital Besut. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.