|
Amy Beth Cavaretta terpaksa bersalin di atas kerusi roda di laluan pejalan kaki di luar Hospital Boca Raton |
|
Kejadian dirakam oleh Jurugambar akhbar South Florida Sun Sentinel, Emily Robinson |
|
Suami Amy, Joe Cavaretta gembira dengan kelahiran anak kedua mereka |
|
Emily menemani Amy dan suaminya, Joe Cavaretta, dari rumah ke hospital |
TALLAHASSEE (Florida): Amy Beth Cavaretta dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak kedua apabila bayi itu ‘tidak sabar’ menunggu lebih lama, memaksa proses itu berlangsung hanya di atas kerusi roda di luar hospital.
Jurugambar akhbar South Florida Sun Sentinel, Emily Robinson memilih Amy sebagai subjek fotografinya kerana menyedari wanita terbabit mempunyai sejarah mudah bersalin.
Justeru, Emily menemani Amy dan suaminya, Joe Cavaretta, dari rumah ke hospital.
Sebelum mereka sempat masuk ke hospital, Amy bersalin dengan bantuan bidan, Laurie Ross-Berke, yang memang sedia menunggu di luar bangunan.
Cavaretta meletakkan Amy di atas kerusi roda dan anak mereka, Sienna, disambut Laurie di kaki lima depan hospital.
Satu daripada gambar dirakam Emily menunjukkan Cavaretta begitu emosi menyambut kedatangan Sienna. - AP/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.