|
Dua kapal tangki besar ditarik ke pantai berpasir di Gadani, Pakistan untuk dileraikan dan dijual sebagai besi sekerap |
|
Seorang pekerja sedang memotong plat keluli pada bahagian kapal di Gadani, Pakistan |
|
Bahagian hadapan sebuah kapal tangki gergasi yang telah dileraikan |
|
Gadani merupakan tempat meleraikan kapal ketiga terbesar di dunia selepas Alang di India dan Chitaggong di Bangladesh |
|
Bahagian-bahagian yang besar ini akan dipecahkan menjadi bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk dijual semula |
|
Gambar yang diambil dari kapal yang sedang dileraikan ini menunjukkan Gadani adalah sebuah kawasan yang terbuka |
|
Kepingan keluli yang berasal daripada badan kapal ini disusun sebelum dimuatkan ke dalam trak untuk dijual |
|
Pada waktu rehat, para pekerja ini berkongsi makan roti naan dengan kuah kacang pedas |
|
Gadani terletak 65km ke barat daya Karachi |
|
Purata 100 buah kapal dileraikan di tempat ini pada setiap tahun |
|
Satu tong minyak diselamatkan dari kapal tangki ini dan dipunggah ke dalam trak pengangkut untuk dijual |
|
Pekerja yang letih sedang berehat di dalam salah satu bahagian kapal yang sedang dileraikan |
Tempat ini mungin merupakan 'tanah perkuburan' kapal yang terbesar di dunia - di mana kapal tangki besar dan kapal persiaran dileraikan oleh kumpulan pekerja yang hanya menggunakan peralatan tangan.
Pekerjaan di sini dianggap sebagai salah satu tugas yang paling berbahaya di dunia dengan para pekerjanya menerima gaji hari yang sangat rendah. Tetapi menakjubkan kerana di sini pekerja baru yang berminat tidak pernah berkurangan.
Mereka datang dari kawasan setinggan berhampiran dan setiap pagi kumpulan pekerja tersebut akan menuju ke pantai berpasir di Gadani, Pakistan.
Sepanjang hari bekerja, mereka menggunakan otot bersama mesin untuk meleraikan bahagian-bahagian kapal yang jauh lebih besar daripada rumah mereka.
"Orang mati, patah kaki dan otot luka, tetapi kerja-kerja di sini tidak pernah terhenti," kata Muhammad Shakeel 30 tahun.
Shakeel telah mengambil alih tugas bapanya yang telah tua beberapa tahun lalu dan kini dia bekerja bersama-sama adik-beradiknya Wakil dan Ismaiel.
Gadani terletak 65km di barat daya Karachi.
Tempat ini merupakan kawasan peleraian kapal yang ketiga terbesar di dunia, selepas Alang di India dan Chittagong di Bangladesh.
Setiap tahun, purata 100 kapal dileraikan menjadi kepingan dan sudut logam, paip dan mesin.
Mereka menghasilkan kira-kira satu juta tan keluli untuk jualan domestik di Pakistan - kebanyakannya bagi memenuhi permintaan logam untuk sektor pembinaan.
Biasanya, purata enam bulan diperlukan bagi meleraikan kapal di Alang dan Chittagong, tetapi di Gadani hanya mengambil masa selama empat bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.