 |
Pesawat disembur dengan buih sebaik mendarat |
 |
Para penumpang bergegas keluar menyelamatkan diri |
 |
Kecekapan juruterbang bernama Edward Powers berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat |
 |
Juruterbang Edward Powers bergambar dengan pembantu juruterbang anak kapal selepas mereka terselamat |
Sebuah pesawat US Airways Express dengan 34 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark malam tadi (Jumaat).
Penumpang yang ketakutan berjaya keluar dari pesawat tersebut tanpa mengalami kecederaan selepas juruterbang pesawat melakukan pendaratan kecemasan yang berani.
Rakaman video pesawat tersebut menunjukkan terdapat percikan bunga api dari bahagian perut pesawat kerana bergesar dengan landasan semasa pendaratan. Bagaimanapun pesawat itu bernasib baik kerana kejadian itu tidak menyebabkan kebakaran.
Pasukan kecemasan yang berada di atas landasan bersedia untuk menyembur pesawat dengan buih, namun tindakan pantas juruterbangnya telah berjaya menyelamatkan penerbangan 4560, US Airways Express.
Pesawat tersebut terbang berkeliling di udara beberapa kali dan juruterbang berkali-kali cuba untuk menurunkan gear, tetapi tidak berhasil.
Juruterbang kemudian mengambil keputusan mendaratkan pesawat tanpa tayar untuk mengelakkan pesawat tersasar dari landasan.
Pesawat kemudian terus terbang berkeliling untuk mengurangkan bahan api bagi mengurangkan risiko kebakaran semasa mendarat.
Seorang jurucakap US Airways berkata mereka akan bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan yang menyiasat kejadian itu. - MailOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.