Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 17 Mei 2013

Texas Dilanda Musibah Puting Beliung

Kawasan ini memang kerap dilanda puting beliung namun jarang menyebabkan kematian

Angin puting beliung melanda Granbury, Texas pada petang Rabu

Ribut puting beliung disertai hujan batu

Angin ribut disertai kilat menerangi langit di Cleburne, Texas

Derrek Grisham (kiri) menunjukkan kerosakan rumah ibunya di Hyde Park Lane di Cleburne, Texas

Sebuah treler syarikat trak di kawasan Cleburne terbalik akibat puting beliung

Seorang budak lelaki dibawa ke hospital di Granbury, Texas selepas ribut puting beliung reda

Selain wanita ini, terdapat ramai lagi mangsa yang cedera

Johnny Ortiz (kiri) dan James South (kanan), mengangkat Miguel Morales yang cedera ke dalam ambulans di Granbury, Texas

Seorang kanak-kanak menunggang basikal dekat rumah yang rosak teruk di Cleburne. Tiada kematian dilaporkan di sini

Pasukan Kecemasan mencari mangsa yang terselamat pada hari Khamis manakala mangsa mencari harta-benda yang terselamat

Sebuah kereta terbalik dan pokok hancur berdekatan rumah yang dilesap ditiup puting beliung di Granbury

Dua petugas sedang memeriksa sebuah kereta yang ditimpa dahan-dahan pokok

Sebuah treler yang diletakkan di atas jalan raya ditiup puting beliung ke arah rumah Lindsay Lane di Cleburne

Pekerja utiliti bertungkus-lumus memulihkan bekalan kuasa elektrik di kawasan Cleburne pada pagi Khamis

Keluarga pemilik rumah ini kini kehilangan tempat tinggal dan memerlukan tempat perlindungan sementara

Anggota penyelamat sedang menjalankan kerja mencari

Lagi kerja mencari dijalankan oleh anggota pasukan penyelamat pada Khamis

Lisa Montgomery yang tinggal di Cleburne menekup tangannya kerana terkejut dengan keadaan rumahnya 

Pemandangan dari udara menunjukkan sebuah rumah yang rosak teruk di Granbury

Terdapat rumah yang telah lenyap dari muka bumi manakala rumah yang tinggal rosak teruk

Beratus-ratus penduduk kehilangan tempat tinggal

Enam orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera


DALLAS - Sekurang-kurangnya enam orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas tiga puting beliung melanda kawasan Dallas-Fort Worth di Texas kelmarin (Rabu). 
Angka korban mungkin meningkat ketika anggota penyelamat memeriksa kediaman pada waktu malam dan keadaan gelap menghalang mereka melihat kemusnahan secara menyeluruh, kata Sherif Hood County, Roger Deeds. 
Tiga taufan itu disahkan melanda kawasan utara dan tengah Texas dengan bandar Granbury, 56 kilometer di barat laut Fort Worth paling teruk. 
Kesemua yang terbunuh disahkan ditemui sekitar kawasan perumahan Rancho Brazos. 
Pada masa ini, ada 14 orang lagi yang belum ditemui. Tiga taufan dilaporkan melanda, kata Deeds. 
Jurucakap agensi bantuan Medstar Mobile Healthcare, Matt Zavadsky, berkata 100 orang cedera kerana taufan itu. 
Belum diketahui sejauh mana kerugian kerana kemusnahan hartanah. Leftenan Kathy Jividen berkata, banyak kediaman musnah dan pokok tumbang. 
Kami sedang memeriksa setiap rumah ketika ini, katanya. 
Di Granbury, paderi Dean Porter berkata dia berada di tempat letak kereta apabila melihat taufan menghampiri dan segera lari masuk semula ke dalam gereja. 
Apa yang berlaku ialah taufan itu berada tidak jauh dari tempat kami sebelum melalui kawasan tempat kuda dan bangunan lain yang musnah, kata Porter. 
Selain Granbury, satu taufan melanda daerah Cleburne yang mempunyai 30,000 penduduk manakala puting beliung ketiga melanda Millsap, ke barat Fort Worth. - REUTERS/AGENSI/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.