|
Andi Harden dari Albany, Illinois, yang melakukan empat pekerjaan pada setiap hari menang hadiah loteri |
|
Harden akan menerima AS$1,000 (RM3,000) pada setiap minggu untuk tempoh 20 tahun akan datang |
|
Anak perempuannya, Stephanie Nagel mengesahkan ibunya seorang yang sangat rajin |
Seorang ibu tunggal yang kuat bekerja dari Illinois memenangi cepu emas loteri sebanyak AS$1,040,000 (RM3,120,000) pada Rabu dan akan menerima AS$1,000 (RM3,000) setiap minggu untuk tempoh 20 tahun akan datang.
Andi Harden dari Albany, Illinois, sebelum ini melakukan empat pekerjaan termasuk bekerja di gimnasium, stesen minyak, menjual barang kemas dan menjadi tukang urut kaki.
Harden merancang untuk membeli rumah dan akan membiayai perbelanjaan anak perempuannya melanjutkan pelajaran ke kolej. Beliau juga merancang untuk melabur untuk pendidikan dirinya sendiri.
"Saya akan pergi ke sekolah. Saya mahu memperbaiki diri saya sendiri. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan apa yang saya inginkan," kata beliau kepada CBS4.
Anak perempuannya, Stephanie Nagel mengesahkan ibunya adalah seorang yang sangat rajin dan dikenali.
"Dia adalah seorang yang bekerja keras yang pernah saya temui dalam hidup saya. Dia hanya membuat semua orang menyenanginya. Dia ibu kepada semua rakan saya. Dia seorang ibu yang sangat baik," katanya. - MailOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.