|
Cherlie Lefleur melahirkan bayi di bilik air di Sekolah Tinggi McCaskey East di Lancaster, Pennsylvania pada Selasa |
|
Lefleur telah didakwa menyembunyikan kematian kanak-kanak dan ditahan di Penjara Lancaster County |
|
Cherlie Lefleur, 19, dituduh membuang bayi |
Seorang gadis sekolah berusia 19 tahun melahirkan bayi di bilik air, di sebuah sekolah menengah di Lancaster, Pennsylvania pada Selasa dan cuba untuk mengepam bayinya yang masih berbentuk janin di tandas.
Cherlie Lefleur kemudian membuang janinnya ke dalam tong sampah di bilik mandi Sekolah Tinggi McCaskey East selepas gagal mengepamnya di tandas.
Penyiasat masih belum menentukan sama ada janin itu hidup atau mati semasa dilahirkan, manakala autopsi menunjukkan janin itu berusia antara 27 hingga 29 minggu.
Lefleur telah didakwa kerana menyembunyikan kematian bayi.
Dia dihadapkan ke mahkamah pada malam Rabu dan Hakim Daerah Joshua R. Keller memerintahkan Lefleur ditahan di penjara Lancaster County sebagai ganti ikat jamin US$1 juta, lapor LancasterOnline.
Pengawal sekolah menemui janin sekitar jam 10.00 malam pada hari Selasa.
Pada hari Rabu, detektif yang menjalankan soal-siasat dan mengkaji rakaman video, mengenal pasti Lefleur sebagai ibu janin tersebut.
Bayi yang dilahirkan pada minggu 27 hingga 29 adalah sangat pra-matang tetapi boleh hidup dengan penjagaan dan penyeliaan perubatan yang betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.