Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 10 Mei 2013

Biri-Biri Bersihkan Rumput Lapangan Terbang

Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago. Foto: Wikimedia

Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare besar dan sentiasa sibuk. Foto: nydailynews.com

Menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare. Foto: airportchatter.com

Kambing digunakan membersihkan rumput di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare. Foto: Chicago Dept. of Aviation

Sekumpulan kambing biri-biri dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang O'Hare Chicago untuk memakan rumput di beberapa kawasan landskap. 
Pihak berkuasa penerbangan di bandar ini tidak bergurau pada Rabu apabila mereka mengumumkan kontrak dua tahun untuk 'membenarkan perkhidmatan pengurusan meragut tumbuh-tumbuhan' dengan Central Commissary Holdings. 
Dua puluh lima hingga 30 makhluk berkaki empat itu akan ditempatkan di kawasan seluas 120 ekar di lapangan terbang, termasuk ruang berdekatan anak-anak sungai dan kawasan-kawasan berbukit yang terlalu sukar dan mahal untuk diselenggarakan menggunakan kaedah lain, kata kenyataan akhbar pihak berkuasa penerbangan berkenaan. 
Untuk memastikan haiwan-haiwan itu tidak mengganggu pesawat, mereka akan dipisahkan dari lapangan terbang dengan pagar keselamatan dan berada pada waktu malam dalam treler pengangkutan yang berdekatan. 
Lapangan terbang itu percaya, penggunaan haiwan itu akan menjimatkan wang, mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan mengurangkan racun toksik. 
Kos keseluruhan bagi dua tahun penggunaan kambing biri-biri boleh mencapai US$100,000 (RM300,000), tetapi Jabatan Penerbangan Chicago menyatakan ia tidak akan menggunakan wang cukai tempatan atau negeri untuk operasi atau peningkatan modal. 
Penggunaan kambing biri-biri pernah dicuba di lapangan terbang yang lain. 
Lapangan terbang San Francisco misalnya, menggunakan kumpulan kambing biri-biri selama dua hingga tiga minggu setiap bulan Jun untuk membersihkan tumbuhan di lapangan terbang berkenaan. - CNN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.