Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 5 Disember 2012

Israel Hadapi Kemarahan Diplomatik Di Eropah

PM Israel Benjamin Netanyahu. Foto: Reuters


BAITULMUQADDIS - Israel ketika ini sedang berhadapan dengan perubahan sikap negara Eropah terhadap negara Zionis tersebut. Eropah yang biasanya menjadi penyokong kuat Israel kali ini mengecam keras tindakan Israel yang ingin membina penempatan Yahudi di wilayah Tebing Barat. 
Lima negara Eropah sudah memanggil duta besar Israel untuk menyatakan bantahan mereka. Negara-negara Eropah berkenaan ialah Britain, Perancis, Sepanyol, Sweden dan Denmark. Pegawai Israel menyebut sikap Eropah tersebut sebagai tsunami diplomasi. 
"Ini adalah mimpi buruk bagi Israel. Negara yang memprotes ini bukan negara-negara dunia ketiga, tetapi negara-negara Eropah yang biasanya menjadi sekutu setia kita. Sebelum ini mereka menyokong Palestin di PBB, sekarang mereka mengecam pembanguan penempatan Israel," sebut pemerhati politik Israel Shalom Yerushalmi. 
Seorang diplomat kanan Israel yang enggan disebutkan namanya mengatakan, ketika ini Eropah lebih bersikap tegas kepada Israel. Diplomat tersebut juga menyatakan bahawa sikap tegas Eropah itu telah mendapat persetujuan dari Amerika Syarikat (AS). 
"Ini adalah realiti baru yang harus dihadapi oleh Israel. Seorang pegawai Eropah yang saya temui menyebut negara-negara Eropah mungkin akan menghukum Israel," ujar Shimon Shiffer, seorang pemerhati Israel yang lain, 
Penyokong Perdana Menteri Benyamin Netanyahu sendiri menyalahkan kumpulan kiri Israel atas perubahan sikap Eropah itu. Mereka menuduh kumpulan kiri di Israel mendorong negara-negara Eropah untuk memberikan hukuman kepada negara Zionis itu. 
Dalam pilihan raya Israel yang diadakan pada Januari nanti, Netanyahu akan bersaing dengan tokoh dari kumpulan kiri, Tzipi Livni, yang juga mantan Menteri Luar Negeri Israel. Ketika ini banyak pihak yang menjangka Netanyahu akan dapat mempertahankan jawatan Perdana Menteri Israel.- AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.