|
Gambar hiasan. Foto: National Confidential |
TEL AVIV - Bekas ketua Agensi Keselamatan Israel (ISA) Yuval Diskin mengecam polisi Perdana Menteri Benyamin Netanyahu terhadap isu nuklear Iran dan Palestin. Diskin menyebut Netanyahu sebagai seorang yang lemah dan tidak cekap untuk menjaga keselamatan Israel.
Diskin juga menyatakan komentar serupa terhadap Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, "Saya dan rakan-rakan saya di agensi perisikan tidak selesa dengan polisi Netanyahu dan Barak terhadap nuklear Iran," ujar Diskin.
"Kami tidak percaya kepada mereka berdua. Netanyahu dan Barak seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada kami. Kami bimbang mereka akan melakukan sesuatu di luar kawalan dan mengancam keselamatan Israel," tambahnya.
Beliau juga mengecam Netanyahu kerana dianggap tidak mampu memanfaatkan kekuatan tentera Israel ketika tawar-menawar dalam isu Palestin. "Operasi ketenteraan yang dilakukan Netanyahu sebaliknya memperkukuhkan kedudukan Hamas dan memalukan Mahmoud Abbas," ujarnya lagi.
Bagaimanapun, pemerintah Israel menganggap kenyataan Diskin dikeluarkan kerana bekas pegawai risikan itu mempunyai dendam peribadi terhadap Netanyahu.
"Dia mengkritik Netanyahu kerana kesal tidak terpilih menjadi ketua Mossad," ujar seorang pegawai di pejabat perdana menteri yang tidak disebut namanya.
ISA merupakan agensi perisikan yang fokus terhadap keselamatan dalam negeri, manakala Mossad adalah agensi perisikan untuk operasi yang bersifat antarabangsa. Selain kedua-dua institusi tersebut, angkatan tentera Israel juga mempunyai lembaga perisikannya sendiri yang bernama Amman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.