Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 23 Januari 2013

Istana Negara Lama Jadi Muzium

Istana Negara Lama sebelum 1980. Foto: theadmirehunkz.blogspot.com

Bangunan Istana Negara Lama dibesarkan pada tahun 1980. Foto: theadmirehunkz.blogspot.com

Pintu Masuk ke Istana

Bangunan Istana dari jarak dekat

Pintu masuk ke bangunan Istana

Singgahsana atau Takhta Diraja

Istana Negara Lama dan halamannya. Foto: hazrilhafiz.blogspot.com

Pelawat bersiar-siar di luar Istana Negara Lama. Foto: sukns.blogspot.com

Pengelola Istana Negara, Rusli Asri (tiga dari kanan) memberi penerangan mengenai Istana Negara lama semalam.

Istana Negara Baru. Foto: Foto: hazrilhafiz.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya, rakyat dibolehkan melawat bilik-bilik di Istana Negara lama yang pernah menjadi penginapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berikutan bangunan lama itu dijadikan Muzium DiRaja dan dibuka kepada umum mulai 1 Februari ini. 
Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, sebelum ini Balairong Seri di istana itu telah dibuka kepada umum sebagai medan 'Pameran Raja Kita' sejak April tahun lepas. 
"Kita menerima respons daripada orang ramai yang mahu melawat ke dalam Istana Negara. Kerajaan memutuskan untuk membuka istana itu sebagai sebuah muzium," katanya kepada pemberita semasa mengiringi lawatan media ke istana itu semalam. 
Seramai 40 wakil media serta agensi pelancongan dibawa melawat selama dua jam dan buat pertama kalinya memasuki Istana Negara setinggi dua tingkat dengan 22 bilik termasuk bilik beradu, pejabat, dewan, ruang makan dan istirehat. 
Katanya, pembukaan muzium itu akan dirasmikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 1 Februari ini. 
"Kita akan buka setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang dan pada peringkat awal, orang ramai akan diiringi pegawai kita yang akan memberikan taklimat mengenai setiap bilik dan ruang yang pernah digunakan. 
Sejarah Istana Negara bermula sebagai rumah agam yang dibina pada tahun 1928 dan penggunaannya berakhir pada November tahun lepas apabila Istana Negara baharu didirikan di Kompleks Istana Negara di Jalan Duta di sini. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.